Anakku,
Engkau anak sulong, jadilah tauladan kepada adik-adikmu. Engkau tempat abah letakan tanggung-jawab untuk menjaga emak dan adik-adikmu bila abah tiada. Pelindung bagi mereka dan engkau harus mencari usaha menyempurna hajat mereka apabila mereka memerlukan pertolonganmu. Kau seharusnya boleh membantu membuat kerja-kerja rumah yang memerlukan kepakaran dan kekuatan seorang lelaki. Seperti menggantikan lampu yang padam, mengangkat baranag-barang yang berat, bawa emak ke pasar, memperbaiki kerosakan di rumah dan banyak lagi.
Anakku,
Abah banyak meminjam duit, daripada Mak Yang, daripada Opah, duit itu, duit ini dan juga duit orang yang abah simpan. Jadi, tolonglah abah. Abah tidak minta engkau tolong bayar hutang-hutang abah itu. Tetapi cukuplah engkau boleh berdikari kerana ini akan mengurangkan beban abah. Usaha dan carilah pekerjaan yang tetap semoga engkau boleh bentuk masa depanmu sendiri. Mengurus dan mentadbir kewanganmu sendiri.
Anakku,
Jangan lupa kita orang Islam, jagalah keperibadian dan akhlak Islam. Jaga nama abah dan emak. Orang ramai kenal kami ini. Jadilah anak yang soleh yang bilamana abah dan emak tiada, engkau boleh doakan kesejahteraan kami di Alam Barzah nanti. Bergaullah dengan mereka yang baik-baik, bersamalah dalam program Gayong dan JIM. Masuklah 'usrah' kerana dengannya engkau akan terkawal dan terikat dengan sistem tarbiah yang akan memantau dan medidikmu.
Anakku.
Selalu-selalulah sapa abah dan emak, bersembang dengan kami. Takut nanti engkau akan merasa tidak puas bila kami tiada. Abah terasa benar tidak puas bersama arwah Atuk. Banyak perkara yang abah terlepas bersama Atuk dahulu. Sejak dari kecil, engkau tidak pernah susah, segala kemahuan engkau, abah akan cuba penuhi semampu boleh. Cepat dengan lambat sahaja. Walaupun kita tidak hidup mewah tetapi kita tidak pernah tidak makan, masih ada pakaian membaluti tubuh dan tempat berteduh panas dan hujan. Walaupun sekarang engkau tahu yang atap rumah kita bocur bila hujan lebat. Maaf abah belum mampu untuk memperbaikinya lagi. Nanti insyaAllah akan abah usahakan.
Anakku,
Genggam apa yang ada dengan baik-baik, takut nanti apabila ianya terlepas baru dirasa kehilangan dan kerugiannya. Engkau masih ada keluarga maka jagalah ia jangan sampai menyesal kemudian hari. Fajar kehidupan engkau baru terbit bermula, senja kehidupan abah kian melabuh terbenam. Gunakanlah kesempatan ini. Jangan diabaikan dan jangan disia-siakannya.
Ikhlas dari Abah.

No comments:
Post a Comment