(Gambar di atas diantara babak lakunan kami PSSPGM yang bertajuk "The Death Of The Worrior" satu pementasan theater di Johor Bharu)
Mungkin ramai menyangka silat untuk berkelahi sahaja. Mungkin ramai yang menyangka silat untuk pertandingan siapa yang terbaik. Ramai yang menyangka silat harus kepimpinannya dimonopoli oleh guru-guru tua sahaja. Mungkin masih ada yang menjangka silat banyak kurafat. Tetapi bukan semua amalan silat yang kurafat. Tetapi sebenarnya silat ialah lebih dari itu. Diperingkat awal penubuhannya silat merupakan suatu kesatuan untuk membela nasib rakyat. Tidak rela dijajah dan dikotak-katikan oleh anasir-anasir yang jahat. Membela maruah agama menjadi agenda utama agar jangan ada yang berani mencemarkannya. Satu izzah yang boleh dibanggakan dan satu gagasan umat yang berani membela keadilan.
Silat jangan dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ianya bukan permainan kampongan. Ianya sudah menjadi warisan seni secara rasmi oleh Kementerian Kesenian Dan Warisan Negara. Sudah ada Kejohanan Silat Dunia. Tidak seperti bela diri yang lain kerana silat mempunyai adat dan pantang larang yang tersendiri. Adat istiadatnya penuh peraturan dan disiplin. Membina kesusilaan dan akhlak terpuji seorang pendekar sejati. Tetapi yang penting guruku telah berpesan "Di Mana bumi kau pijak di situ langit kau junjung". "Berpantang Mati Sebelum Ajal".
Ikutlah rasmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Semakin tinggi pelajaran semakin taat perintah Allah dan semakin merendah diri. Pernah aku bertemu dengan seorang yang berbangsa Cina. Nampak gaya macam anggota kongsi gelap. Beliau memberitahu aku seorang ketua itu ialah yang tidak banyak bercakap dan sering merendah diri tetapi pengikutnya amat ramai segan dan taat kepadanya. Mampukah kita bersikap begitu, ”Ikut rasmi padi”.
1 comment:
Sempoi. Tahniah
Post a Comment