Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, September 27, 2008

Tazkirah Subuh 27 Ramadhan.

Malam 27 Ramadhan, beberapa sahabatku daripada JIM SPT telah berpakat untuk beriktikaf di Masjid Taman Guar Perahu. Malam itu, aku masih menunggu sahabatku dari Kulim kerana berjanji akan menghantar lemang ke rumahku. Bolehlah lemang itu aku jamu sahabat-sahabat dan orang masjid ketika makan sahur nanti.

Sampai di masjid, ku lihat beberapa orang telah tidur maka aku pun siapkan tempat tidurku pula setelah solat sunat dua rakaat. Anakku Muhammad Sobri dan dua orang kawannya tiba-tiba datang kerana ingin bersama beriktikaf. Sejuk hatiku ini melihat anakku datang tanpa aku undang. Mungkin dia hendak mengambil hatiku kerana malam itu aku tidak melihat dia semasa solat Isyak dan Tawarikh tadi di masjid.

Ustaz Rozee yang demam tetapi sanggup juga datang bersahur bersama kami. Tetapi yang bestnya seleranya boleh tahan, serupa aku dan Hj Atan walaupun ustaz itu demam. Sahur kami alhamdulillah telah disediakan oleh saudara Rahimie AJK Remaja, Belia & Rekreasi JIM SPT yang juga orang kuat masjid tamanku ini.

Ustaz Khairul Annuar Musa menjadi imam subuh. Aku sudah jangkakan mungkin ustaz akan diminta memberi kuliah. Tazkirah Subuh disampaikan begitu baik sekali kerana aku tidak sempat mengantuk. Ustaz buka Al Quran kecilnya terus memberi huraian mengenai dua orang contoh individu kafir dan dua orang contoh individu yang beriman. Dua orang individu kafir itu ialah isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth. Walau pun meraka itu isteri nabi tetapi tidak menjamin beriman walaupun didakwah bertahun-tahun. Maka apatah lagi kita orang biasa ini. Maka di bulan yang penuh keberkatan ini banyakanlah berdoa memohon taufik dan keampunan daripada Allah SWT.

Dua individu beriman yang menjadi contoh di dalam Al Quran yang diutarakan oleh ustaz ialah isteri Firaun, Asiah dan Mariam ibu Nabi Isa. Walaupun Asiah tinggal bersama Firaun tetapi dengan hidayah daripada Allah, beliau beriman dan tidak menyembah Firaun. Manakala Mariam merupakan wanita suci yang telah melahirkan seorang rasul Nabi Isa tanpa bapa. Walaupun ditohmah oleh masyarakat pada ketika itu, beliau tetap tabah beriman dan menghadapi semua dugaan.

Begitulah saudara-saudara, Allah SWT memberi pengajaran kepada kita agar bersungguh-sungguh beribadah, pohonlah hidayah dan keampunan Allah SWT. Suami, isteri, anak atau keluarga lain semuanya tidak boleh menjamin iman kita. Cuma Allah sahaja yang Maha Berkuasa yang patut kita sandarkan segala harapan dan usaha. Semoga kita diberkati dan bebaskan dari api neraka.

No comments: