Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, September 29, 2009

'Jantung Sihat Sepanjang Hayat'


Setelah sebulan lebih tidak ke sini aku rindukan suasana nyaman paginya beriadah bersama isteriku dan sahabat-sahabatku yang lain.

"Li Ahad ni nak buat PATT tak?" Tanya Ahmad Baharuddin, Pengurus Program Pagi Ahad Tidak Tidur (PATT). "Buat", jawabku. Ahmad bertanya lagi, "Nak buat di mana?". "Di Mengkuang Dam lah." jawabku spontan.

Memang aku telah rancang dengan isteriku untuk ke Mengkuang Dam, jika tidak hari Sabtu, hari Ahad ini. Ada dua sebab, pertama terasa rindu hendak ke sana dengan suasana nyaman paginya beriadah dengan Ida. Kedua badan pun rasa tidak berapa sedap mungkin banyak makan seminggu berhari raya. Maka harus segera bersenam, usia telah lanjut maka kesihatan harus terus dijaga.
Inilah di antara keluarga besar kami yang sering bersama di mana-mana program JIM yang jauh mahu yang dekat.

Aku sisipkan sedikit penerangan yang amat baik bertajuk, 'Jantung Sihat Sepanjang Hayat' dari http://www.kesihatan.biz/Hidup_Sihat.php

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin.

Anak-anak tidak ketinggalan bersama kami. Rasa selamat jika mereka sentiasa di depan mata dari ditinggalkan di rumah sahaja.

Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.
Berkelah berkongsi juadah yang dibawa, satu implimantasi "hubbul akh" kasihkan sahabat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Habis PATT kami merancang pula nanti mahu ke mana pun hari itu.

Harapanku agar kita bersama akan mendapat manfaat dari PATT ini. Kita tahu ianya untuk diri sendiri bukan kerana kita segan dengan rakan-rakan lain.

Monday, September 21, 2009

Raya Pertama

Aku dan Along bersiap untuk ke surau. Pakaian kegemaran kami baju Melayu berwana hitam. Itulah baju raya kami saban tahun dan itu juga pakaian acara rasmi Gayong. 2 in 1.

Hari Raya Pertama aku bangun paling awal sekali dan mandi sunat di pagi raya. Maklumlah bilik air cuma satu sahaja. Kami seperti biasa akan balik ke kampong di Tapah, Perak bertemu emak, abang dan adik-adik aku.
Selepas solat sunat Aidil Fitri tangkap ganbar kenangan cuma Muhammad Sobri yang tiada di sini. Awal-awal lagi dah lesap pergi beraya entah petang nanti baru balik.

Selepas solat raya aku ikut rombongan surau berziarah rumah ke rumah. Memang menjadi tradisi di kampongku ini.

Rombongan surau beraya di rumah emakku selepas membaca doa selamat kami menikmati juadah hari raya pula.

Raya kedua aku akan balik ke Pulau Pinang untuk meraikan keluarga di sebelah isteri pula insyaAllah. Yang problem nie ada anak-anakku ini yang tak nak balik lagi dan ada yang mahu balik awal kerana nak beraya dengan kekawan di Penang.

"Ida minta maaf Bang zahir dan batin. Halalkan yang termakan terminum. Abang punbegitu juga."

Puasa sebulan tapi raya cuma sehari saja tau yang lain tu ialah adat menziarahi yang baik juga kita amalkan.

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Aidil Fitri

Salam. Alhamdulillah. Barakallah. Semoga dirahmati Allah SWT sentiasa. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Dalam kemeriahan musim raya ini mari kita ambil kesempatan merapatkan silaturahim di antara keluarga dan juga masyarakat setempat. Gunakan ruang waktu semaksima mungkin dengan aktiviti berinteraksi sesama sendiri. Solat berjemaah samada di surau atau di masjid, ziarah sanak keluarga dan sahabat handai.

Pertamanya jangan jupa zakat fitrah kita dan tanggungan kita tunaikan secepat mungkin takut-takut kita terlalai dengan kesibukan dengan persiapan raya. Keduanya ibadah kita di malam raya mari kita budayakan kerana fadhilatnya sangat besar. Seterusnya makan dahulu dan pergi segera melaksanakan solat sunat Aildil Fitri. Pergilah dengan jalan lain dan kembali ke rumah melalui jalan yang lain.
Hidangan juadah merupakan adat yang baik nanum jangan sampai boleh berlaku pembaziran.

Setiap tindak-tanduk kita jangan lupa dakwah dan kebajikan merupakan tugas dan kerja kita di dalam pencarian redha Allah SWT. Maka dekatilah masyarakat dengan paling bijaksana. Bantulah mereka yang memerlukan. Dahului dengan keluarga terdekat, sahabat-handai dan jiran-jiran. Semaikan sikap “hubbul akh”, kasihkan sahabat.

Akhir sekali marilah kita berhati-hati semasa bermusafir berkenderaan, berhemah semasa memandu dan pastikan di rumah yang kita tinggalkan selamat. Gunakan kesempatan ini dengan lebih menyantuni ibu, bapa dan keluarga tersayang. Layani kehendak mereka semampu mungkin. Teruskan budaya beribadat seperti di bulan Ramadhan, banyak membaca Al Quran dan solat malam. Jangan lupa puasa sunat enam Syawal. Semoga kita memperolehi makam taqwa yang kita idamkan insyaAllah.
Anak-anak paling seronok berhari raya. Selain dapat makan duit raya pun akan dapat juga.

Bila kembali ke rumah bersama-samalah kita menyantuni sesama kita pula. Sertailah “Baraan Syawal JIM SPT” pada 4 October 2009 mulai 10.00 pagi di rumah YDP JIM SPT di Taman Guar Perahu dan seterusnya ke rumah AKJ JIM SPT yang lain sehingga petangnya

Jari disusun dan maaf dipinta untuk diri ini dan juga kami sekeluarga. Sebagai ketua sebuah keluarga besar ini tentu banyak kelemahan. Harap diperbaiki dan mendapat teguran mesra daripada semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan semoga diberkati. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum.

Friday, September 18, 2009

Kejaran Mencari Taqwa

Laksana yang wajib tambahkan dengan sunat, itu diantara amalan mereka yang bertaqwa. Sentiasa takut dengan azab Allah dan siksa Api Neraka. Berhati-hati di dalam penghidupan ini.
Agama Islam merupakan satu agama yang lengkap lagi komprehensif. Ia mempunyai tiga sistem yang mantap, iaitu, sistem kepercayaan (berdasarkan rukun-rukun Iman), sistem amalan (berdasarkan rukun-rukun Islam), dan sistem kualiti (berdasarkan konsep Ihsan).


Puasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Kewajipan ini adalah berdasarkan perintah Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa.” Ayat ini menjelaskan tentang tujuan umat Islam berpuasa. Ia bukannya untuk menguruskan badan, bukan juga untuk mengurangkan paras gula, kolesterol keji serta lemak dalam badan, sebaliknya tujuan utamanya ialah membina ketakwaan kepada Allah. Puasa di bulan Ramadan boleh dianggap sebagai satu ‘karnival kerohanian’ yang mampu membina ‘empayar hati’ yang hebat dipimpin oleh takwa. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Apakah maksud takwa? Sahabat Omar al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, ‘Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?’ Jawab Omar, ‘Ya, pernah.’ Ubai bertanya lagi, ‘Apa yang kamu lakukan ketika itu?’ Omar berkata, ‘Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu).’ Berkata Ubai, ‘Itulah takwa.’ Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. Dialog ini diriwayatkan Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.
Semasa ziarah di Aidil Fitri mari bersama kita berdoa agar perjalanan JIM sentiasa diberkati Allah, ahli dan AJKnya terus beristiqamah dalam perjuangan yang kecil ini.

Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..” Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan ‘sebenar-benar takwa’ sebagai melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur. Maksudnya, apabila kita masuki Syawal, kita kembali bergelumang melakukan maksiat dan dosa, ia adalah pertanda bahawa kita tidak memperoleh apa-apa pun daripada puasa Ramadan kita kecuali lapar dan dahaga.


Kubur tempat bersemadi jasad. Manakala roh kita akan di tempatkan di Alam Barzah, suatu tempat persinggahan yang pasti yang menghubungkan Alam Dunia dengan Alam Ahkirat. Ziarahilah kubur-kubur mereka yang telah mendahuli kita pasti kita akan lebih insaf.

Kemuncak kepada takwa ialah berhati-hati terhadap perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Ketika itu berkemungkinan dia akan terjebak dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, jika seseorang bercakap terlalu banyak walaupun tentang perkara yang harus, dikhuatiri akhirnya dia mengatakan sesuatu yang haram seperti mengumpat. Demikian juga jika seseorang asyik berbelanja walaupun pada perkara yang harus, dia akhirnya akan mengabaikan hak mereka yang memerlukan. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, ‘Seseorang tidak akan sampai ke makam takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya dari sesuatu yang dilarang.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah dan mengikut Tirmizi, hadis ini bertaraf hasan gharib. Begitulah kekuatan takwa dan itulah yang kita kejar di musim Ramadan ini. Semoga Allah membantu kita.

Nukilan : Dr Danial Hj Zainal Abidin
Mantan YDP PP & Pakar Motivasi

Monday, September 14, 2009

10 Malam Terakhir.

Tergamak kita melihat situasi sebegini berlaku kepada anak-anak kita?

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. Hadis riwayat Tirmidzi

Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia). Hadis Riwayat Al Bukhari
Ajari anak-anak berbuka bersama, ini satu ikatan kasih-sayang yang sangat praktikal.

Walaupun berpuasa ianya tidak menghalang kita berinteraksi satu sama lain. Bekerjalah seperti biasa dan bergaullah seperti biasa. Jangan pada bulan ini kita banyakan rehat tetapi banyakanlah beribadah. Rugi jika terlepas, tahun hadapan belum tentu dapat bersama Ramadhan lagi. Apatah lagi pada sesi 10 malam terakhir Ramadhan Al Mubarak ini. Mari kita tingkatkan amal. Bersama keluarga kita bangun malam berqiamulai.

Jangan tinggal bersahur kerana dalam bersahur ada keberkatan. Walaupun dengan sebutir kurma atau seteguk air, pasti ada keberkatannya.

Thursday, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa JIM SPT bersama TAR Meriah.

Inilah semangat gotong-royong warga JIM SPT bersama guru dan waris Tadika Amal Rintis di Pusat Komuniti JIM Taman Guar Perahu.

7 September 2009Salam. Alhamdulillah. Barakallah ikhwah dan akhawat yang di kasihi sekelian. InsyaAllah, JIM SPT dan Tadika Amal Rintis (TAR) telah bersama mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada hari Isnin semperna Nuzul Quran 17 Ramadhan 1430 bersamaan 7 September 2009 bertempat di Pusat Komuniti JIM Taman Guar Perahu. Semua jemputan adalah dikalangan warga, rakan dan keluarga JIM SPT bersama pelajar, waris dan guru-guru TAR.

Aku pun mahu turut membantu walaupun baru balik kerja.

Gotong-royong telah bermula sejak pagi lagi dimana guru-guru telah bersama menyediakan persiapan untuk BBQ, ayam dan ikan bakar. Berbagai juadah tambahan disumbangkan oleh para hadirin. Suasana sungguh meriah dengan masing-masing terlibat membakar ikan dan menyediakan hidangan kueh-mueh ala buffee. Doa sebelum berbuka dibacakan oleh TYDP JIM SPT Ust Hj Mohd Roze B Abdul Razak. Ini adalah diantara waktu doa sungguh mustajab.

Blogger sensasi "Insan Marhaem" tersenyum lebar, mungkin perut sudah kenyang. "Ada apa-apa lagi nak makan nie?"

Solat Maghrib bejemaah kemudiannya telah diimamkan oleh Ust Mohd Rozee manakala imam solat sunat Tarawikh diimamkan oleh Tuan Hj Atan Darus jawatan baru beliau di dalam JIM SPT sebagai Bendahari. Semoga JIM SPT akan lebih melonjak lagi di masa hadapan.

Paling seronok ialah guru-guru TAR. Mereka dapat duit Raya yang disampaikan oleh Ketua Wanita JIM SPT yang baru Pn Hjjh Eida Khairani.

Suasana majlis berbuka puasa ini amat meriah dan merapatkan lagi silaturahim di antara instutusi tadika dan JIM SPT. Ini sesuai dengan tema Ucap Utama YDP SPT di dalam Mesyuarat Agong Daerah 2009, “RJIM2 Didahulukan Kebersamaan Diutamakan”. Terima kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT memberkati kita semua. Ramadhan Al Mubarak

Ketua Wanita JIM SPT menyantuni guru-guru TAR.

Saturday, September 5, 2009

Ikut Isteri Shopping di bulan Ramadhan.


Aku sudah berada di luar counter bayaran, letih berjalan cari kerusi untuk merehatkan badan tetapi beliau masih beratur untuk menunggu giliran membayar.

Teringat akan tulisan Pak Utih mengenai suami yang menemani isteri shopping. Mula-mula kena pasang niat temankan isteri kerana mencari redha Allah SWT. Kemudian secara jujur temanilah dia dan berilah bantuan yang diperlukan apabila ditanya pendapat mengenai pakaian yang beliau pilih. Jangan hanya sekadar jawab cantik kepada pakaian yang dipilih untuk mengelak beliau shopping lebih lama. Bawalah beliau ke tempat yang beliau mahu tanpa mengomel. Mungkin kita akan keletihan tetapi percayalah hasilnya akan berbaloi pahala pun dapat.

Tetapi yang paling kesian ialah kereta aku ini jarang benar berehat, isi minyak jalan, isi minyak jalan. Jika boleh bercakap tentu dia akan menjerit-jerit minta belas kesian. Tidak kira siang atau malam pasti aku pandu maklumlah aku ada cuma satu kereta ini sahaja.

Pelik juga masa muda-muda dahulu tidak payah suruh-suruh sanggup temankan walaupun bila-bila masa dan di mana sahaja. Mungkinkah dunia sudah maju, zaman sudah berubah atau mungkin aku sudah tua tenaga sudah tak larat. Tetapi alhamdulillah aku masih dapat atasi sikap malas aku itu. Minggu sudah aku temani isteri beli bahan-bahan buat kueh raya dan minggu ini temani beliau beli baju raya pula. Kira OK lah tuu.

Ramai yang bersolat sunat Tarawikh sehingga 8 rakaat sampai penuh masjid.

Malam ini aku ke masjid di taman solat Isyak dan sunat Tarawikh. Ida dan adik aku Seliha pun ikut sama. Kami cuma solat 8 rakaat sahaja dan ramai jemaah yang solat 8 rakaat Tarawikh. 8 ke 20 rakaat ke janji kita solat jangan tidak buat lansung. Jangan berbalah lagi, ulama telah lama membahas isu ini. Dua-dua ada hujah dan nas masing-masing. Buatlah dengan kefahaman bukan ikit-ikutan sahaja.

Tidak ramai yang sanggup solat sunat Tarawikh sehingga 20 rakaat. Tinggal beberapa saf sahaja.

Kita perlu ingat solat sunat Tarawikh ini cuma ada di bulan Ramadhan sahaja rugi jika tertinggal entah boleh entah tidak dapat kita ketemu dengan bulan yang penuh berkat ini di tahun hadapan.

Friday, September 4, 2009

Nak Raya Minyak Naik Pula

Di Jambatan Pulau Pinang hari-hari aku melihat kenderaan berpusu-pusu banyaknya, nandi bila minyak dunia habis bagaimana halnya pula ya. Cari tenaga solar atau pakai beteri pula gamaknya.


Terima sms dari seorang rakan , “Kerajaan umum kenaikan harga minyak petrol, RON95 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON07 pada RM2.05 seliter mulai esok”. Apa lagi selepas solat sunat tarawikh ‘start’ kereta terus ke stesen minyak di hahapan taman. Pada jangkaanku tentu ramai yang terpusus-pusu ke sini tetapi bila aku sampai keadaan seperti biasa. Betul ke nie? Betul ke tak betul aku terus isi minyak RM50.00. Mungkin rakanku tadi silap dengar nie.

Esok semasa ke tempat kerja baru terdengar berita radio mengenai minyak naik. Tetapi pelik juga pagi itu harga minyak dunia jatuh pula. Depa jatuh kita naik? Kenapa ya? Mungkin arus di Malaysia ini lambat terkesan.


Satu perjalanan kenalah isi penumpang penuh-penuh. Itu jimat dan bijak namanya. Dapat bersilaturahim sesama sendiri, tidak kira rakan atau keluarga.

Minyak naik ke tidak kita tidaka ada pilihan lain kerana sudah biasa naik motosikal atau kereta. Jarang-jarang kita temgok orang ramai naik basikal. Budak sekolah sudah ramai naik motosikal malah orang Pakistan yang jual kapet pun sudah naik motosikal.Waktu Hari Raya nanti kena rancang perjalanan dengan bijak agar budaya saling ziarah menziarahi dapat kita teruskan. Baliklah ke kampong halaman bertemu kedua ibu bapa nanti jika kita sempat tua baru kita faham erti rindu dan kesunyian itu.