Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, January 21, 2010

18 Januari 2010 Isnin Yang Malang ?


Semasa aku di Jepun untuk latihan industri, aku perhatikan mereka memang rajin bekerja. Kerap-kali mereka balik rumah lewat dan itu menjadi kebanggan para isteri mereka.

"Awang, hang ada masa email kat e-group hang, tapi hang tadak masa, nak amik duit kat aku dan pi bayar LOAN (pinjaman) atas nama hang. Last week aku bok keluar duit RM2400 and aku tak senang duduk, sebab dok bawa and simpan duit banyak dalam poket. Last week bukan ka hang kerja half day. Awat tak pi bank in.?" Kata sdr Samad kepada Awang.

"Lain kali aku bok keluar bila hang mai tempat aku jaa. Hari ni duit aku tinggal kat rumah. Hang nak pi bank bila pulak ? Tolong prioritize kerja anda. Mana yang lebih penting. Send email or clear nama kat bank yang bayaran tertunggak tu, sebelum anda kena saman dengan bank? Tak kan tu pun nak kena org tolong pikiaq kot. Maaf noo, jangan amik hati. Aku pagi Isnin memang macam ni." Sdr Samad menyambung lagi.

"Elok la. Sabtu dan Ahad lepas aku kena latu dengan isteri aku. Sepanjang siang aku kena drive dan dengar bebelan dia. Tidur jam 2 pagi. Letih rohani dan jasmani. Pagi ni bos pula tegur aku pasal pending (tangguh) kerja. Lepas tu baca email hang ni. Bukan aku tak terfikir nak ambil duit dari hang tapi aku terlupa bila time balik terus pi ke kereta tak singgah meja hang. Sebab itu aku pesan bawa duit kat kantin atau hang tolong bank in kat aku. Aduhai. Nampaknya pagi Isnin ni pagi malang aku." Awang terus menjawab seolah-olah meminta simpati dan difahami masalahnya.

"Yang ni la dipanggil kehidupan! Aku pun, anak aku masuk wad. Takpa, aku nanti pi bank in. Hang buat la, kerja hang yang lain. Aku memang nak pi bank pun." Samad mula tenang dan meneruskan perbualannya.

"Terima kasih la sebab tolong bank in. Aku doakan semuga kita dikuatkan semangat dan tabah dalam menghadapi ombak kehidupan." Jawab Awang lega. Aku tersenyum sumbing setelah tamat membaca email mereka.Lain pula kisahnya dengan aku hari Isnin itu aku OK.

'Auto charger and dischager' salah satu mesin yang menjadi tanggung-jawabku. Sebuah mesin berasaskan pergerakan robot menbuat operasi pemasangan tanpa bergantung tenaga manusia sepenuhnya.

Inilah satu dialog di dalam email yang aku terima sebagai orang tengah. Namun aku kurang setuju dengan tangapan 'hari Isnin hari yang malang' atau 'hari Isnin hari yang tiada semangat dan 'hari Isnin hari yang membosankan'. Kenyataan sebegini keluar mungkin setelah sebelum itu dua hari cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad, maka hari Isnin kita merasa malas hendak kembali bekerja. Bagi aku semua hari itu sama cuma kita yang merasanya berbeza kerana disandarkan hari itu kepada 'mood' atau perasaan atau semangat diri.

Hari Jumaat menjadi hari kegemaranku kerana kami akan keluar solat Jumaat dengan bas kilang. Berbagai kerenah dapat dinikmati disepanjang perjalanan pergi dan balik ke masjid.

Ini juga terjadi pada anakku sendiri pada hari Isnin yang sama 18 Januari 2010. Pada mulanya beliau begitu bersemangat dan seronok hari itu. Mana tidaknya, beliau hari itu akan pergi mendaftarkan untuk memasuki kelas memandu kereta. Wang pendahuluan telah diperolehi olehnya hasil dari sebahagian barang kemas ibunya yang lama yang dijual oleh ibunya di kedai emas di Balik Pulau. Kononnya sekarang harga emas tinggi dan masa yang baik untuk dijual. "Bang cincin pertunangan ini boleh dijual ke? Tanya si ibu kepada si ayah. "Boleh itu hak Ida jika fesyennya tidak lawa lagi jualkanlah". Jawab si ayah. Semasa semakan di pejabat belayar memandu, anakku merasa keciwa kerana ada satu saman yang belum selesai daripada JPJ kerana pernah dahulu beliau tidak memasang tanda 'P' pada motosikalnya. Jadi tidak boleh daftar belajar memandu keretalah jawabnya. Beliau pulang dengan penuh kekeciwaan dan telah menyatakan "Kenapa hari ini hari malang adik?"

Bagi aku pada hari Isnin yang sama itu lain pula. Aku pergi kerja awal sehingga ditegur kakak yang menumpang aku ke tempat kerja, "Li mai awal hari ini". Sapa kak yang bersama aku ke tempat kerja. Mujur ada yang menumpang sama setidak-tidaknya perjalanan harian aku ke tempat kerja tidaklah membosankan. Ada juga kawan bercakap. Sepanjang pemanduan pagi itu aku banyak beralah dan memberi laluan kepada si pemintas yang datang dari belakang. Telah aku pasang niat biarlah bukan nak rugi sangat. Pada pagi Isnin itu juga akau dapat menyelesaikan tugasan di tempat kerja yang agak terlewat yang sepatutnya hari Jumaat sudah dibereskan. Juga telah membantu seorang rakan sekerja menyelesaikan tugasannya pula .



Sampai di rumah setelah balik kerja, aku diminta menghantar isteri pergi dan balik ke Seberang Jaya untuk kelas mingguannya lantaran rakannya tidak hadir hari itu. Diminta singgah pasar malam membeli makanan 'laksam dan jeli kelapa' yang dipesan isteri dan anak. Kemudian diminta hadir satu perjumpaan tergempar mengenai tadika yang pertubuhan kami kelolakan. Kemudian selesaikan dan sampaikan satu cek RM4000 yang terlewat diberi dari perjanjian jual-beli suatu projek. Malam itu jam telah menunjukan 12.30 t/m adik pula meradang dan membaling 'remote control TV' kerana ibunya tidak membeli 'Mee Ruski' yang dipesannya. Dengan berkain pelikat aku capai kemeja T, beg duit dan kunci kereta terus ke kedai pam minyak berdekatan untuk membeli mee segera 4 bungkus dan air orange 2 botol kecil.

Bagi aku hari Isnin 18 Januari 2010 itu merupakan hari yang sangat baik kerana banyak tugasan dapat aku laksanakan dengan baik walaupun aku tahu ada di kalangan kalian yang tidak setuju dengan beberapa tindakanku itu. Tetapi percayalah aku yang merasai dan akulah yang lebih mengerti.

Tuesday, January 19, 2010

Menjadi Tetamu Di Program Sambutan 2 Dekad Dewan Muslimat PAS


Barisan tetamu undangan khas yang turut hadir pada majlis perasmian.

Program Sambutan 2 Dekad Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh pada 9 Januari 2010 bertempat di Tapak Exspo Seberang Jaya telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Mohamad Bin Sabu. Berbagai acara menarik berjaya disusun yang melibatkan karnival jualan, sukan santai untuk kanak-kanak dan remaja dan pertandingan mewarna 4-6 tahun. Disamping itu ada disediakan rawatan kesihatan percuma, derma darah. Tema sambutan program "Muslimat Mendepani Cabaran Global".

Memotong pulut kuning bersama menjadi simbolik penyatuan erat diantara muslimat.

Disebelah petangnya pula ada acara bersama Yaser Said (Juara Cup Prix Asia), dan pertunjukan silat dari Pusaka Gayong Pulau Pinang. Manakalanya di sebelah malam diadakan persembahan teater yang bertajuk "Menunggu Kata Dari Tuhan" yang dipentaskan oleh Sabri Yunus dan acara berkenalan dengan beberapa kartunis tanah air seperti Zunar.

Teater yang hebat dan menyayat hati kisah Kaab ibni Malik yang dipulau kerana tidak ke Tabuk.

Aku diundang dengan dua tiket khas, sebagai guru silat kepada beberapa ahli kumpulan Nisa Pulau Pinang dan juga sebagai YDP JIM SPT. MasyaAllah sambuatan dan layanan mereka memang akrap sekali. Sempat berkenalan dengan Tuan Hj Omar Bin Hassan YDP PAS Kawasan Permatang Pauh.

Dewan Muslimat PAS ini telah berusia lebih 20 tahun. Objektif sambuatn ialah mendekatkan diri kepada masyarakat dan persiapan menghadapi cabaran mendatang. Syabas kepada penganjur, satu program masyarakat yang menyeluruh.
Semoga diganjari segala usaha murni ini

Sunday, January 17, 2010

Perkongsian Kuntuman Mawar Nur Iman

Siti Mariah dan Wardatul Iman sentiasa memberi senyuman kepada hadirin yang datang mengucapkan tahniah. Setahun mereka bersahabat di maya. Sekarang mereka berkongsi suka duka bersama sebagai satu keluarga.

Sabtu 16 Januari 2010 jam 11.00 pagi aku menemani suamiku, turut serta anak kami Muhammad Sobri dan Hj Atan sahabat suamiku pergi meraikan majlis kenduri kesyukuran pernikahan kedua Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar. Bertempat di Sekolah Tahfiz Al Islah Tok Bedu Tasik Gelugor. Majlis yang ringkas penuh mahabbah dihadiri rakan dan kenalan rapat sahaja.
Aku memang kenal rapat dengan Wardah nama timbangnnya, Gadis berbangsa sikh. Kami pernah bersilat bersama satu ketika dahulu di bawah kelolaan suamiku. Wardah terpaksa berhenti bersilat diatas faktor kesihatannya. Kini sebagai guru besar di Sek Tahfiz Al Islah Tok Bedu, Tasik Gelugor.


Barakallah, barakallah semoga keluarga ini dikurniakan kuntuman-kuntuman cahaya yang gemilang.

Aku seperti biasa akan selalu menemani suamiku di mana-mana yang perlu dan mampu. Bukan apa, kadang-kala kesian melihat beliau ke sana ke sini. Apatah lagi semalam dan hari ini beliau kurang sihat, badannya panas, pehanya berbisul, matanya hangat. Tetapi beliau masih katakan "Tak pa panas sikit je kerana selalu minum kopi Radix".

Siti Mariah dan Wardatul Iman ditakdirkan berkongsi suatu keluarga besar. Wardahlah bersungguh-sungguh memilih seorang muslimat warga Indonesia ini yang pernah menjadi pembantu rumah di Taiwan dan berasal dari Kampong Cilacap di Jawa Tengah. Pengalaman menjadi pembantu rumah di dalam masyarakat Cina sudah tentu banyak pahit dari manisnya kadang-kala terpaksa menyediakan masakan daripada khinzir dan sebagainya.
Melahirkan rasa syukur, anak-anak juga tumpang gembira. Hidangan keluarga dibuat serba ringkas.

Pengenalan akrab melalui internet telah mendorong Wardah untuk menyelamatkan muslimat ini. Segala peraturan dan segala perundangan diusahakan sebaik mungkin dan beberapa kali naik turun makamah telah membuah hasil yang sangat murni. Ustaz Ahmad Fahmi dan Wardah telah berjaya membawa Siti Mariah dalam usianya 26 tahun bersama ke dalam keluarga duat ini. Perjuangan dan tarbiah serta dengan niat untuk melahirkan generasi mujahid dan mujahidah menjadi di antara landasan hidup. Ini satu perkahwainan kali kedua ustaz yang sudah semesti disokongi kuat oleh Wardah sesuai dengan namanya kuntuman mawar yang mekar dengan cahaya iman.


Hj Atan di antara tetamu jemputan khas dan di antara yang awal menjamu selera.
Aku tersangat hairan dan keliru mengapa kebanyakan kenalan yang bersalaman dengan Wardatul Iman menangis kerana tidak mampu menahan air mata. Sedang Wardah tenang menyambut para tetamu. Linangan air mata mereka adakah kerana terasa berkongi kegembiraan atau perasaan terharu kerana Wardah sanggup berkongi suka duka bersama Siti Mariah di dalam keluarga mereka?

Friday, January 8, 2010

Hari ini lebih baik dari kemarin


Pada awal tahun baru warga JIM SPT bergotong-royong menyiapkan sebuah Tadika Amal Rintis yang baru di Bandar Perda, Seberang Perai. Tradisi ini menjadi agenda tautan silaturrahim di kalangan Warga JIM SPT.

Salam.
Barakallah saudara dan saudari yang dikasihi sekelian. Mungkin agak lama kita tidak bersama, maaf kerana kelemahan yang ada. Namun setiap usaha murni mesti diteruskan untuk kepentingan ummah. Penkongsian adalah suatu usaha yang berfaedah walaupun secebis kisah tauladan apatah lagi kisah benar.
Dalam era tahun baru Hijrah dan Masihi ini segalanya tidak perlu berubah. Azam masih sama cuma dipertingkatkan begitu juga usaha dan perancangan. Perbaiki segala yang perlu dan yang pentingnya hari ini lebih baik dari kemarin.

Ahmad dan Amir merupakan pakar dalam seni pertukangan ini namun atas dasar gotong-royong tiada upah yang perlu dibayar. Teringat seorang lagi iaitu sdr Roesli Hassan yang masih di UK.

Ilmu, ibadah, pergaulan dan kewangan mesti diperbaiki dan dipertingkatkan. Kurang tahu, jangan segan belajarlah dengan yang tahu. Jika tidak, kita akan di takok lama dan tiada perubahan. Pecahkan sedikit keegoan yang ada nescaya tiada ruginya. Pasti hasilnya sungguh memeranjatkan.

Tidak percaya cubalah.