Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, November 3, 2011

Lima Puluh Tahun Usiaku

Di Bilik Istana rakan-rakan sekerjaku meraikanku dengan jamuan pagi.


Walaupun aku pernah menjadi seorang ko-kauselor malah pengarah Unit Khidmat Nasihat Islah tetapi ada ketikanya aku juga merasa teramat gelisah apabila didatangi dengan beberapa permasalahan sekali gus. Kereta Syuhadah cukai jalannya mati 2 November 2011 ini, kereta UNSER aku dua kali bermasalah dengan petanda isyarat bateri menyala, enjen tidak boleb ‘start’ dan ‘belting’ berbunyi. Oh! tentu banyak wang-ringgit yang akan keluar. Ini tidak termasuk fikiran aku berlegar-legar macamana hendak balik ke kampong pada hujung minggu ini. Sobri di ‘pondoknya’ yang serba kekurangan. Nana anak asuhanku entah macamana dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah hari ini genap usiaku 50 tahun mengikut kelendar masihi. Kemarin cuti buat cukai jalan cuma kena RM12 sahaja untuk setengah tahun dan insuran tidak perlu dihidupkan. Hari ini perbaiki kereta UNSER cuma kena RM30 sahaja, ingatkan beratus-ratus ringgit. Di tempat kerja mereka meraikan Hari Jadiku di dewan khas “istana” tempat jamuan VVIP. Hari Sabtu nanti telah mendapat izin untuk ziarah Sobri setelah lebih 2 bulan tidak bertemunya.

Aku kerap dilantik sebagai Kem Komanden di dalam perkhemahan/mukhayam anjuran JIM dan IKRAM.


Aku masih perlu banyak dan selalu bersyukur kerana punyai keluarga dan sahabat-sahabat yang banyak memberi keceriaan dalam penghidupan ini. Semakin berumur aku ini semakin sensitive emosi dan perasaan ini. Tentu sekali yang kerap menjadi mangsanya ialah isteriku, tempat aku mencurah kasih dan permasalahan juga. Alhamdulillah.

Semoga kalian dan aku sentiasa di dalam Pelukan Rahmah Allah SWT amin.

7 comments:

SHAHIDAN SAAID (ABG LONG) said...

sanah helwah cikgu...semoga beroleh keberkatan dalam hidup...50thn satu jangka masa yg lama...Tahniah berjaya mengharunginya...

hrusli61 said...

Terima kasih. 'sanah helwah' ini saya baru dengar ni, kena belajar dari Hidan ni walaupun lebih jauh muda dari saya.

Semoga kita tetap bersama.

Ariff Budiman said...

Salam cikgu
Tahniah cikgu dengan usia yang di beri kita masih boleh meneruskan kewajipan kita. Semoga cikgu terus di beri kekuatan.

Pendekat tempang

maiyah said...

assalam..

smoga akan diberi kesejahteraan dan terus dlm perjuangan ;)

hrusli61 said...

Jiman
Terima kasih, begitu juga hendaknya untuk Jiman.

Maiyah
Jzk, semoga maiyah juga dikurniakan kesihatan dan tingkatan iman.

Selamat menyambut Hari Raya Qurban.

insan_marhaen said...

walau 50 tahun, tapi masih gah dengan dakwah.

agi idup agi ngelaban!

hrusli61 said...

Thanks IM,
IM ada darah Iban ke?