Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, September 20, 2013

Ujian Hidup

Bila terbaca blog dan facebook sahabat-sahabat lain ada katanya adakalanya menitis airmata. Mereka diiuji dengan berbagai ujian. Ariff Budiman diuji dengan kematian isteri sebab dengan penyakit yang aneh. Beberapa perubatan moden dan tradisional telah diusahakan. Isterinya orang baik dan sentiasa membantu suami walau di mana dan tidak kira waktu. Sahabat dan jiranku, Abu Hanifah diuji dengan anak dan isteri. Dua sekali gus. Oh sungguh berat aku lihat tetapi aku dia yang memikulnya tente lebih lagi. Aku pula, dahulunya seingat aku seorang budak kecil yang biasa sahaja. Kreatif suka nmengutip barangan yang terbuang. Aku suka bertukang dan banyak benda yang aku buat sendiri sahaja. Di awal sekolah rendah di Pykett Methodis School di Anson Road, Penang tidaklah sebijak mana tetap biasa-biasa. Pergi ke sekolah dengan 'lanca' atau beca roda tiga yanag dikayuh dari belakang. Memasuki kelab muzik dan boleh bermain rekoder. kerap membuat persembahan di dalam dan di luar sekoelah. Semasa darjah enam pernah memenangi tempat ketiga di peringkat negeri dalam menulis karangan. Apabila ke sekolah menengah rasa amat sayu ...

1 comment:

ANIM said...

singgah sini dari blog IM..
selagi kita belum menutup mata, selagi itu manusia tetap diuji..