Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, July 21, 2013

Malam-malam Ramadhan

Alhamdulillah masih diizinkan untuk melaksanakan solat sunat Tarawikh walaupun kebanyakan di rumah dan walaupun cuma lapan rakaat. Rugi jika kita tidak buat langsung sebab cuma di bulan ini sahaja ada sunat Tarawikh ini.

Bacaan Al Quran pun tidak banyak cuma beberapa ayat dalam sehari itu pun hanya di sebelah malam. Cuba juga pertingkatkan solat-solat sunat yang lain tetapi tidaklah banyak.

Sedekah pun sekali-sekali. Aku berharap Allah limpahkan Rahmatnya kepada aku. Sekarang aku masuk pusingan kedua Ramadhan aku bermohon agar Allah SWT mengurniakan keampunanNya kepada aku yang banyak berdoa ini.

Aku juga memohon agar Allah SWT memberi izin aku meneruskan ke punsingan akhir Ramadhan dan membebaskan aku dari Api Neraka kelak dengan kasih sayang Allah. Aku tahu amalanku tidak layak dan mampu menagih Syurga Allah yang teramat mahal itu.

Saturday, July 6, 2013

Aku tersentuh ingatkan Nana.

Semalam semasa aku duduk di sebelah Along yang memandu kereka ke Flat Hijau Sg Nibong adikku Mak Yang talipon mencerita yang dia berjumpa Nana 2 kali.

Pertama kerana cikgu sekolah Nana menghubunginya melalui bapa Nana yang mereka tidak boleh membuat IC Nana sebab Mak Yanglah nama yang layak kerana tercatit di surat beranak Nana nama Mak Yang. 

Kedua di Pejabat Pendaftaran semasa membuat IC Nana. Nana menangis kerana ingin mengikut Mak Yang. Manakala Mak Yang memujuknya yang buat ketika ini kami tidak mampu mengambil alih penjagaan Nana.

Sudah hampir 3 tahun kami terpisah. Nana menjadi anak asuhan aku sejak umurnya 3 tahun. Setelah 6 tahun bersama kami ibu kandungnya mucul dan menuntut penjagaannya. Perang besar juga kami beberapa kali di Pejabat Agama, di Balai Polis malah di rumah juga.

Aku terasa amat bersalah kerana tidak mampu mengambil Nana kembali kerana akur dengan undang-undang. Nana sentiasa didalam doa harianku agar dia baik-baik bersama ibu kandungnya. Tetapi sangkaan aku meleset sekali. Rupanya Nana di dera dan aku difahamkan telah berlaku kes polis.

Jauh di dalam hati aku ini masih mengharapkan Nana dapat kembali ke pangkuan kami walaupun dia cuma aanak angkat.

Ya Allah tenangkan jiwa aku, adik aku, keluarga aku jga keluarga Nana dan yang paling penting seekali diri Nana itu sendiri. permudahkan dan percepatkan proses ini. Amin ya Rabbal Alamin