Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, December 8, 2015

Silat ada 'JIN'

Aku ke Masjid Seberang Jaya pada pagi Ahad yang lalu kerana menghatar Ida yang perlu menemani Ina untuk mengendalikan pengantian naqibah (Murabiah) -  ketua LIQA Wanita IKRAM. Ida dan Ina ini sahabat baik dan sering bersama di mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan. Tugas Ina mengantikan seorang akhawat (wanita) meminpin satu kumpulan LIQA- Bulatan Diskusi. Ida pula ditugaskan menemani Ina kerana Ida kurang yakin untuk meminpin Liqa lagi.

'Akhawat' satu istilah arab untuk sahabat wanita, 'sister' dalam bahasa Inggeris dan ada juga jamaah lain yang menggunakan perkataan 'muslimah'. Begitu pula 'ikhwah' untuk sahabat lelaki atau 'brother' dalam bahasa Inggerisnya.

'Liqa' ialah satu program tarbiah mingguan untuk kumpulan yang baru ahlinya, digelat mutarabbi dan ketua atau mas'ulnya digelar 'murabbi' untuk lelaki. Manakala untuk akhawat digelar mutarabbiah dan murabbiah. Maaf ajele jika ejaan tidak betul.
Adik di gambar di atas ini namanya Muhammad Hakim umurnya 10 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah Tafhiz di Kulim manakala adiknya yang di sebelah kiri itu namanya Fatimah Jannah. Mereka ini sedang menjual roti dan biskut yang diusahakan sendiri oleh keluarga.
Sedang aku duduk-duduk di ruangaan luar masjid terpandang adik ini menyepak-nyepak cun di luar masjid, lantas aku tertanya, "Adik ada belajar silat ke?". Dia menjawab,"Tidak, saya belajar Teakwando." Aku bertanya lagi,"Kenapa tak berlajar silat?" Dia spontan menjawab, Ada JIN." Inilah yang dinyatakan oleh ayahnya.

Aku tersenyum, mungkin dia tidak tahu yang aku ini orang silat. Bagi aku itu jawaban yang benar lahir daripada seorang adik kecil yang tidak melambangkan pembohongan. Budak-budak ini lebih jujur daripada orang dewasa.

Mungkin itu tangkapan sebenarnya masyarakat kini tentang silat dan mungkin ada kebenaranya. Bagi kita yang telah berkecimpong dalam dunia persilatan ini lebih memahami mengapa masyarakat beranggapan sedemikian. Tidak semua persilatan yang menggunakan JIN. Tidak semua persilatan yang kurafat dan tidak kesemua persilatan yang menyeleweng.

Bagi pejuang persilatan yang aktif atau sebaliknya mari kita bersama melihat perkara ini secara teliti agar dunia persilatan ini dilihat dan dipandang bersih oleh masyarakat. Bagi yang cerdik-pandai dan mampu menyampaikan, berilah pencerahan di dalam semua ruangan yang ada semampu boleh. Semoga amalan silat ini berada di atas lantasan yang benar demi agama, bangsa dan Negara.

2 comments:

insan marhaen said...

itu bedanya silat (ada fizikal dan rohani) berbanding taekwando yang hanya fizikal...

hrusli61 said...

Ada seni beladiri asing yang lain mengamalkan rukuk malah sujud kepada seseorang.