Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, January 31, 2015

Terlaksana Tugasku

Bergegas balik kerja petang Jumaat tanggal 30 Januari 2015 selepas menghantar rakan kerjaku di Masjid Kubang Semang, aku balik ke rumah. Makan, mandi dan solat Maghrib seorang sahaja. Kak Ida pergi 'Usrah', Along kerja dan Syuhadah ke 'Thailand' ada persembahan silat katanya. Nanti jam 8.30 malam aku dijemput dan diarahkan oleh Pengerusi Majlis Gurulatih Pusat untuk mewakili beliau ke mesyuarat agung (AGM) Cawangan Kampung Padang Cina, Kulimi

Aku sangat teruja untuk ke sana kerana ianya merupakan diantara 3 gelanggang Gayong yang paling lama. Sebut Padang Cina teringat Allahyarham Cikgu Yaakub seorang tokoh Gayong yang tidak asing dikalangan orang lama Gayong. Dahulu pernah kami menyemput Allahyarham merasmikan Majlis Penutupan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji dan Ujian Bengkong di Sekolah Taman Selasih, Kulim satu ketika.


Syabas Cawangan Kampung Padang Cina kerana telah  melaksana tanggung-jawab mengadakan AGM ini. Majlis berjalan dengan penuh kemesraan dengan dipengerusikan oleh Pn Roha selaku Setiausaha Cawangan. Dengan gabungan mantap orang lama dan yang baru semoga dapat mengemaskan lagi perjalanan Gayong keseluruhannya.

Bersilat, bersilat juga tetapi tanggung-jawab berpertubuhan harus dilaksana juga. Ini peraturan dan kehendak ROS atau Pendaftar Pertubuhan. Aku terasa amat bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggung-jawabku sebagai Penolong Setiausaha Agung. Semoga kehadiranku dapat membantu mereka sedikit-sebanyak.

Didoakan agar ianya merupakan amal bakti kita di dunia dan mendapat ganjaran baik di akhirat nanti. In shaa Allah.

Sunday, January 18, 2015

Letih Tapi Puas Antara 2 Kenikmatan


Pagi Ahad tadi tanggal 18 Januari 2015 seawal 7.30 pagi seperti biasa bergegas ke Pasar Awam Bukit Mertajam. Tugas rutin aku menjadi derebar membawa 'Mem Besar' membeli bahan-bahan mentah untuk perniagaan 'Laksa' dan bahan dapur untuk mungkin seminggu. Mahu tukar derebar rasa tidak dapat rasanya. Adik baru balik lebih-kurang jam 12.30 pagi dan along baru balik kerja malam, baru sampai rumah jam 7.30 pagi. Mahu tidak mahu akulah calun yang paling layak menjadi derebar. Walaupu 2 kali aku terbangun malam itu.

"Ida kita kena balik cepat sebab abah ada meeting AJK IKRAM SPT 9.30 pagi sat nie". Aku memperingatkan isteriku. "Lepaih tu abah ada meeting Ahli Pengarah Tadika Amal Rintis bersama Ahli Lembaga Sekolah Rendah Islam Amal Rintis pula".



Semoga walaupun dengan keadaan letih aku agar ini menjadi saham Akhirat yang boleh memberatkan 'Timbangan amalku'. Semua yang aku pelajari dan lalui dalam perjalanan bersama IKRAM ini dapat aku kongsi dan praktikan dalam PSSPGMku.