Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, December 31, 2015

Shahdu imbauan Ramadhan tahun ini.




Alhamdulillah. Di Masjid Mengkuang, kami diraikan dengan penuh mahabbah oleh pengerusinya , AJK dan 'Orang Dapur'. Terasa indahnya bilamana kita mengamalkan Ukhuwah Islamiah, Persaudaraan Islam. Jamuan selepas Solat Sunat Tarawikh yang amat 'special'.


Di hadapan sekali ini ialah Imam Palestin, beliau agak sukar dengan makanan kita, jadi kena bawa makan 'Nasi Arab' di Bertam. Alhamdulillah bersemangat beliau makan. Aku bersyukur dapat menjadi mengiringnya selama 5 malam.

Di Masjid Saidina Abu Bakar As Sidiq Taman Guar Perahu, tempat aku bermastautin in shaa Allah. Aku selalu meminta Imam Palestin ini mendoakan kesejahteraan kesemua ahli keluargaku. In shaa Allah dengan keberkatan beliau bermusafir dan kesolehan beliau serta di bulan Ramadhan Al Mubarak ini mudah-mudahan Allah SWT perkenankan doa beliau.

Tatapilah muka orang yang soleh ini mudah-mudahan ada tempias nur untuk kita basuh hati-hati ini yang banyak kotorannya.

Tuesday, December 8, 2015

Silat ada 'JIN'

Aku ke Masjid Seberang Jaya pada pagi Ahad yang lalu kerana menghatar Ida yang perlu menemani Ina untuk mengendalikan pengantian naqibah (Murabiah) -  ketua LIQA Wanita IKRAM. Ida dan Ina ini sahabat baik dan sering bersama di mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan. Tugas Ina mengantikan seorang akhawat (wanita) meminpin satu kumpulan LIQA- Bulatan Diskusi. Ida pula ditugaskan menemani Ina kerana Ida kurang yakin untuk meminpin Liqa lagi.

'Akhawat' satu istilah arab untuk sahabat wanita, 'sister' dalam bahasa Inggeris dan ada juga jamaah lain yang menggunakan perkataan 'muslimah'. Begitu pula 'ikhwah' untuk sahabat lelaki atau 'brother' dalam bahasa Inggerisnya.

'Liqa' ialah satu program tarbiah mingguan untuk kumpulan yang baru ahlinya, digelat mutarabbi dan ketua atau mas'ulnya digelar 'murabbi' untuk lelaki. Manakala untuk akhawat digelar mutarabbiah dan murabbiah. Maaf ajele jika ejaan tidak betul.
Adik di gambar di atas ini namanya Muhammad Hakim umurnya 10 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah Tafhiz di Kulim manakala adiknya yang di sebelah kiri itu namanya Fatimah Jannah. Mereka ini sedang menjual roti dan biskut yang diusahakan sendiri oleh keluarga.
Sedang aku duduk-duduk di ruangaan luar masjid terpandang adik ini menyepak-nyepak cun di luar masjid, lantas aku tertanya, "Adik ada belajar silat ke?". Dia menjawab,"Tidak, saya belajar Teakwando." Aku bertanya lagi,"Kenapa tak berlajar silat?" Dia spontan menjawab, Ada JIN." Inilah yang dinyatakan oleh ayahnya.

Aku tersenyum, mungkin dia tidak tahu yang aku ini orang silat. Bagi aku itu jawaban yang benar lahir daripada seorang adik kecil yang tidak melambangkan pembohongan. Budak-budak ini lebih jujur daripada orang dewasa.

Mungkin itu tangkapan sebenarnya masyarakat kini tentang silat dan mungkin ada kebenaranya. Bagi kita yang telah berkecimpong dalam dunia persilatan ini lebih memahami mengapa masyarakat beranggapan sedemikian. Tidak semua persilatan yang menggunakan JIN. Tidak semua persilatan yang kurafat dan tidak kesemua persilatan yang menyeleweng.

Bagi pejuang persilatan yang aktif atau sebaliknya mari kita bersama melihat perkara ini secara teliti agar dunia persilatan ini dilihat dan dipandang bersih oleh masyarakat. Bagi yang cerdik-pandai dan mampu menyampaikan, berilah pencerahan di dalam semua ruangan yang ada semampu boleh. Semoga amalan silat ini berada di atas lantasan yang benar demi agama, bangsa dan Negara.

Monday, December 7, 2015




Pagi Ahad kemarin setelah menghantar Ida ke Masjid Seberang Jaya aku ke tempat riadah bersebelahan masjid tersebut. Sempat buat satu pusingan berjalan di lorong yang disediakan. Kemudian aku mencuba beberapa alat senaman yang ada. Rasa sesuatu yang tidak sempurna beriadah sorang-sorang sahaja.

Tiba-tiba sayu hatiku ini apabila memikirkan jika satu masa kelak aku akan ditinggalkan tiada peneman seperti kebiasaan buat selama-lamanya. Siapa yang pergi dahulu tiada dapat kita ketahui namun aku merasa kita ini sesekali perlu juga memikirkannya. Bagus untuk memperingatkan kita perjalanan ini harus diteruskan dan dunia tempat singahan ini cuma sementara sahaja.

Hidup yang sementara inilah yang ramai terlalai akan keindahannya. Kita lupa di akhirat nanti lagi lama untuk kita kecapi iaitu kekal selama-lamanya. Jika hendak diukur bukan ada kayu pengukur atau unit yang boleh diguna-pakai. Jika hendak dikira tiada mesin pengira atau jumlah nombor atau digit yang boleh digunakan.


Friday, December 4, 2015

Aku, Dia dan Semalam






Macam makan beradap masa dihari perkhawinan dahulu. Inilah hakikatnya bila sudah berumur dan anak sudah besar-besar. Salalunya tentu mereka ada rancangan masing-masing. Alhamdulillah ini adalah rumah-tangga kami, yang kami bina sejak tahun 1985. Alhamdulillah sudah 30 tahun lama kami mengharungi liku-liku hidup yang tidak selalunya lurus ini.
 

Berkat mempunyai minat dan tanggung-jawab yang sama agaknya. Kami bersama dalam NGO, dahulunya JIM (Jemaah Islah Malaysia) dan sekarang IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) memperjuangkan dakwah, kebajikan dan tarbiah. Ke mana pun kami akan bersama dalam aktivitinya.


Kami juga meminati seni bela diri pencak silat bersama. Bergerak aktif dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Cuti tahun dan masa lapang banyak kami habiskan di dalam majlis-majlis dan aktiviti silat ini. Ke sana ke sini tidak kira masa.








Ida, aku rasa telah memahami keseluruhan sikap dan perangai aku, tidak kira yang baik mahupu yang sebaliknya. Aku tidak ada rahsia lagi dengannya lagi. Akhir-akhir ini telah aku ceritakan kepadanya kisah hidup keluargaku. Beliau tidak pernah bertanya jika ada keraguan dalam aku menyimpan perkara-perkara rahsia yang tidak perlu atau belum masa beliau tahu.









Gambar di atas ini ialah gambar Ida bersama anak sulung kami, along Mohd Saiful Nizam . Lokasinya aku tidak ingat lagi. Tetapi yang aku masih ingat kami selalu membawa anak-anak beriadah hampir tiap minggu. Kami pada masa itu tinggal di Bayan Baru dan Ibu dan Bapaku tinggal di Jalan Petani. Along kami tinggalkan di jalan Petani kerana kami dua-dua bekerja dan pada cuti hari Sabtu dan Ahad kami akan dating mengambil along balik ke Bayan Baru.