Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, May 5, 2016

Wang pampasan wajib dizakat


BICARA AGAMA


ARKIB : 05/06/2009

Wang pampasan wajib dizakat


















Soalan:
Adakah benar wang ganjaran (graduiti) sempena penamatan kontrak kerja adalah diwajibkan zakat? Untuk makluman, saya pernah mendapat graduiti selepas tamat tempoh perkhidmatan dengan tentera pada 1999.

Seorang kenalan saya menyatakan bahawa wang graduiti tidak dikenakan zakat kerana ia bukan pendapatan tetapi pampasan daripada majikan. Bolehkah dijelaskan hal ini?

Jawapan:

Wang pampasan atau gratuity adalah termasuk ke dalam harta mustafad (al-mal al-mustafad). Ini kerana, wang tersebut diterima atas illat (alasan) daripada pekerjaan yang telah dilakukan.

Jika tidak kerana pekerjaan sekali pun, katakanlah atas alasan dihadiahkan oleh seseorang, maka ia masih tunduk kepada zakat. Ia wajib dikira zakat setelah cukup haulnya, yakni dikenakan zakat ke atas baki wang berkenaan.

Sebuah hadis boleh dijadikan sandaran iaitu, Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (ada zakat sebanyak) 5 dirham, dan tidak takwa ke atas kamu (dalam) sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar. (riwayat Abu Daud)

Inilah dalil bahawa wang yang diperolehi atas jalan apa sekali pun, maka wajib dizakatkan. Cuma yang menjadi khilaf ialah sama ada perlu ditunggu genap setahun ataupun terus dizakatkan semasa mendapat wang berkenaan.

Maka, di sini pendapat yang aula ialah menunggu sehingga cukup haulnya, dan selepas itu ia dizakatkan kepada apa yang berlebih.

Namun, tidak salah jika mahu terus mengeluarkan zakatnya pada masa ia diperolehi, demi merebut ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang menyegerakan kebaikan.

*Untuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat.com.my atau emel kepada hamizul@e-zakat.com.my

1 comment:

insan marhaen said...

wang pampasan, kwsp dan public mutual... semua itu kena zakat.

hampir kesemua itu saya zakatkan ke sekolah SRIAR, IPSI dan IKRAM...