Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, March 29, 2016

Buli di sekolah?

Buli di sekolah?
Aku naik geram apabila mendengar radio pagi ini. Mana tidaknya tajuk yang diwar-warkan ialah berita seorang murid darjah 2 iaitu baru 8 tahun umurnya telah dibuli oleh beberapa orang murid darjah 3 yang umur mereka cuma 9 tahun sahaja. Dipaksa memotong lidah!
Tentu kesannya sangat mendalam terhadap diri dan keluarga yang terlibat. Lebih malang lagi masyarakat yang sekeliling akan memandang serong untuk beberapa ketika.
 
Mari kita cuba mencari jalan untuk mengelakkan ini berlaku. Sememangnya semua pihak kena berperanan jangan hanya kita menyatakan ini tidak melibatkan saya. Saya dan keluarga ‘OK’. Unsur pertama yang patut ditingkatkan ialah pemahaman dan penghayatan Islam kemudian kita sulamkan dengan perkara-perkara lain juga.
Pertama yang patut kita ketahui, hukum buli ini HARAM dan tentunya berdosa yang akan dimasukkan ke dalam Neraka kelak. Kesedaran ini perlu kerana Al Quran diturunkan untuk memberi khabar gembira dan juga ancaman atau peringatan balasan yang setimpal.
Kedua, penguatkuasan yang sedia ada dipertingkatkan agar kita sedar dan takut membuatnya. Ini perkara jenayah dan akan menerima hukuman. Berat atau tidak hukuman ini bergantung kepada kesan buli ini.
 
Ketiga, ujudkan dan serapkan budaya kasih saying dan tolong menolong bermula di rumah, di sekolah dan seterusnya. Laksanakan aktiviti dan program-program pembinakan akhlak terpuji dengan mencontohi akhlak Rasulullah saw. Baginda saw. bukan hanya menyantuni orang Islam malah yang bukan Islam pun mengakui baginda saw. sebagai ‘Al Amin’ orang yang dipercayai.
 

Keempat, mari kita berlajar seni mempertahankan diri, tidak kira silat atau yang lain-lain. Selain mempertahankan diri, silat membentok peribadi berakhlak tinggi, berdisiplin, menghormati orang lain dan mempunyai jati diri yang tinggi. Sayang dan rugi jika diri kita ini kosong daripada kemahiran seni pempertahankan diri ini.
Bukan untuk bergaduh tetapi untuk tidak ‘dibuli’ nanti.

Friday, March 18, 2016

Rumahku Syurgaku


Sudah agak lama tidak kami membuat aktiviti USRAH di rumahku dan alhamdulillah pada malam itu 15 Mac 2016 diizinkan Allah SWT. Hj Atan, naqib atau ketua kami orang yang mula-mula sampai. Terpinga-pinga dia melihat perubahan di pintu masuk hadapan rumahku dan begitu juga yang lain-lain sahabatku yang datang terkemudian. Mana tidaknya ruangan hadapan itu sudah berubah, daripada pintunya melintang telah bertukar menyerong pula. Itu tandanya lama betul mereka tidak menziarahi aku dan keluargaku.

Begitu juga ruangan di dalam rumahku. Tiga bilik sempit aku ubah menjadi 2 bilik lebih luas dan ditambah dengan satu bilik lagi di ruangan paling hadapan untuk bilik Along. Ini sebenarnya aku rancang untuk persediaan majlis perkahwinan Nursyuhadah anak ketigaku. Tanggal 14 Mei 2016 nanti in shaa Allah akan menjadi tarikh bersejarah buat dia.

Hampir RM12K aku anggarkan untuk majlis ini secara kasarnya. Alhamdulillah Along juga telak mula menanya-nanya aku tentang belanjawan untuk sesebuah perkhawinan. Bunyinya lepas Aidil Fitri ini dia bercadang ingin tertunang. Semoga anak-anakku ini dikurniakan pasangan dan cahayamata yang soleh dan solehah.

Inilah sahabat-sahabat seusrahku. Ketenangan dapat dirasai apabila kami bersama.

Tuesday, March 8, 2016

Penama Tabung Haji


“Hashim Bin Basir dan Umi Salamah Binti Kantan mengikut yang tercatit  di dalam rekod kami”, itu ujar kerani di kaunter pelanggan Tabung Haji kemarin. Kemudian dia  mengulurkan borang khas untuk penukaran penama. “Encik sila isikan boring ini untuk kemas-kini penama encik”. Ini nama-nama kedua orang tua aku. Abah aku sudah 16 tahun meninggal dunia dan emak aku sudah uzur dan berada di kampong.

Emosi aku tersentuh bila nama “Hashim Bin Basir” disebut. Begitulah abahku seorang anak kampong yang pelajarannya tidak seberapa namun berjaya memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tugas akhir Allahyarham ialah sebagai anggota pengirin kepada TYT Gabenor Pulau Pinang dan kedudukan terakhir beliau sebagai anggota PDRM ialah berpangkat Sargen. Aku bangga dengan mu abah dan aku amat merindui mu. Al Fatihah untuk mu abah

Cepat masa berlalu dan tahu-tahu sekarang aku sedang membuat perancangan dan persiapan untuk berhenti kerja awal (pencen) jika berpeluang dan keadaan mengizinkan. Minggu sudah Direct Boss aku sudah bertanya samada aku ini ingin bersara awal jika majikan kami menawarkannya. Maka tergesa-gesa aku hubungi WhatsApp Keluarga, usrahku dan sahabat-sahabat. Punyalah bestnya rata-rata semua memberi isyarat agar aku ambil peluang dan kesempatan ini. Disamping itu ramai yang memberi nasihat dan panduan agar aku merancang dengan baik dan terliti.

Mungkin ini akan menjadi era baru dalam penghidupanku. Ada tiga peluang yang sedang aku fikirkan samada pertamanya menjadi fulltimer kepada institusi IKRAM Tadika atau sekolah,  fulltimer untuk kerja-kerja pentadbiran Gayong atau aktif berniaga laksa bersama isteriku Ida.

Mungkin juga bergiat aktif di dalam Parti Politik yang aku sokongi ?