Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, September 29, 2014

Raya Qurban Tidak Boleh Ziarah

Inilah wajah-wajah ceria kerana dalam perjalanan untuk bertemu Sobri pada Syawal baru-baru ini. Alhamdulillah kini sudah hampir pula ke Hari Raya Qurban pada tanggal 5 Oktober 2014 iaitu pada hari Ahad ini. Pada mulanya aku dan Deqnor anak keduaku rancak merancang to mengatur agar kami dapat bercuti bersama sambil ziarah Muhammad Sobri di Hulu Langat sambil datang bertandang di rumah Deqnor.

Kemarin 28 September 2014 semasa aku memimpin Mukhayam untuk pemuda IKRAM di Sungai Siputeh, Selama Perak aku dikejutkan dengan beberapa panggilan telefon namun tidak kedengaran line di sini lemah sangat. Aku minta dismskan. "tidak boleh melawat Sobri..." Ini diantara isi sms dari Hulu Langat. Malam sebelumnya jam 5.00 pagi itu hujan dan aku terjatuh semasa meronda mengejutkan para peserta dan urusetia luka sedikit lutut dan jari ibu jari kaki kiri. Pada ketika Gen-set kehabisan petrol aku mengarahkan agar segera dituangkan petrolnya segera.

Aku dapat mengagak tentu Sobri ada melangar peraturan. Terus sahaja kepala aku sakit berdenyut-denyut tetapi pada ketika itu tugasku sebagai Mas'ul Kem aku teruskan dalam sesi penutupan. Aku serahkan Vest dan Baray tanpa tugas aku selesai. Perasaan aku sangat sebak mungkin faktor semangat aku yang berkobar-kobar sebagai Mas'ul Kem ataupun mungkin bercampur-baul dengan perasan kesedihan, sayu mengenangkan anak bongsuku Muhammad Sobri yang tidak sudah-sudah belum berubah, mamahami dan melaksanakan amanah kehidupan ini. Air mataku hampir-hampir sangat mengalir.

Aku berazam jika tenaga aku yang tersisa ini masih diperlukan orang untuk program-program outdoor sebegini aku akan terus menyumbang bakti kerana aku yakin dengan janji Allah, "Jika kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita pada ketika yang kita tidak sangka".

Tuesday, September 16, 2014

Perjumpaan Hari Raya Aidul Fitri


Alhamdulillah, gambar ini diambil semasa ziarah kami menemui Muhammad Sobri di Kem Hulu Langat, Selangor pada awal Syawal 1435. Keluarga kami ini agar tidak mudah untuk berkumpul sebegini. Ini kira bernasib baik, subhanallah.

Sebagai seorang yang utama dan bertanggung-jawab menempatkan Sobri di sini terasa sedikit kerisauan kerana kemungkinan ada runggutan atau ketidak kepuasan darinya. Beliau ke sini tanpa rela, namun untuk kebaikan beliau aku pasrah.

Kami disambut baik dengan senyuman segan-silunya dan saling berkucupan pipi. Terasa begitu syahdu sekali berpelukan dengan beliau.

In shaa Allah akan sambung ...