Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, January 12, 2012

Ego seorang ketua

Tajuk ini pernah kami bincangkan di dalam usrah dan terasa macam terkena di batang hidung ini, sebiji demi sebiji. Memang sang suami ini egonya melebihi ego sang isteri yang kadang-kala tidak mahu mengalah menegakkan sesuatu sememangnya sudah diketahui akan kesalahannya. Membuat andaian tanpa usul periksa, membuat kenyataan tanpa berlapik dan selalu menegakkan benang basah.

Begitu juga pada sang ketua, dalam mesyuarat dia sahaja yang betul. Pendapat yang tidak menyokong cadangannya dianggap menentang. Agak sedih juga jika dia memberi kenyataan, “Ya memang saya sengaja bertindak begini”. Mungkin dia terpaksa melafazkan begitu untuk menutup perasaan bersalahnya yang tidak mampu diterimanya pada ketika itu.

Sebenarnya perasaan marah telah menguasai dirinya dan dengan rasa tertekan kenyataan demi kenyataannya tidak dikawal oleh akal tetapi oleh nafsunya atau mungkin dorongan syaitan. Mesyuarat ialah medan menerima pandangan umum bukan untuk orang umum menerima pandangan dia sahaja.

Yakinlah percanggahan pendapat itu rahmah jika ditanggani dengan hati yang terbuka. Pandangan itu betul bukan jika ianya menyebelahi pandapat kita tetapi yang betul itu ialah yang disepakati oleh ahli mesyuarat itu.


Tentu keberkatannya ada insyaAllah

Thursday, November 24, 2011

Tahun 2043 Giliran Aku Naik Haji

Salam alaik para sahabat sekelian dan barakallah. Maaf banyak-banyak lama tidak mengisi ruangan ini. Berbagai alasan jika hendak diberi tetapi bukan itu tujuan kita ini. Cuma hendak berkongsi keriangan iaitu panggal 22 November 2011 hari Selasa baru-baru ini aku diizinkan Allah SWT mendaftar untuk mengerjakan HAJI. Aku, Kak Ida, adikku Seliha dan Zarinah dijadualkan giliran kami ini pada tahun 2043. Allahu Akbar mampukah aku bertahan sehingga umur 83 tahun itu.


Kami diberi nasihat agar cuba merayu kepada Tabung Haji untuk mencari ruang kemungkinan boleh dipercepatkan giliran itu. Tolonglah sahabat-sahabat tolong doakan agar kami boleh pergi dalam jangkamasa terdekat dan sihat tubuh badan pada ketika itu.


Aku ceritakan kepada sahabat-sahabat rapat di rumah dan di pejabat yang aku sudah mendaftar HAJI dan mereka turut bergembira. Diantara dialog yang menarik hati aku ialah; "Takpalah juga Li 30 tahun hang sudah mendaftar yang kita ini Jo belum lagi." Itulah sahabat baik aku blogger insan marheam menerpa Johry sahabat sepejabat aku.


Semoga aku, mereka dan kita akan ke Tanah Suci walaupun awal mahupun kemudian.

Thursday, November 3, 2011

Lima Puluh Tahun Usiaku

Di Bilik Istana rakan-rakan sekerjaku meraikanku dengan jamuan pagi.


Walaupun aku pernah menjadi seorang ko-kauselor malah pengarah Unit Khidmat Nasihat Islah tetapi ada ketikanya aku juga merasa teramat gelisah apabila didatangi dengan beberapa permasalahan sekali gus. Kereta Syuhadah cukai jalannya mati 2 November 2011 ini, kereta UNSER aku dua kali bermasalah dengan petanda isyarat bateri menyala, enjen tidak boleb ‘start’ dan ‘belting’ berbunyi. Oh! tentu banyak wang-ringgit yang akan keluar. Ini tidak termasuk fikiran aku berlegar-legar macamana hendak balik ke kampong pada hujung minggu ini. Sobri di ‘pondoknya’ yang serba kekurangan. Nana anak asuhanku entah macamana dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah hari ini genap usiaku 50 tahun mengikut kelendar masihi. Kemarin cuti buat cukai jalan cuma kena RM12 sahaja untuk setengah tahun dan insuran tidak perlu dihidupkan. Hari ini perbaiki kereta UNSER cuma kena RM30 sahaja, ingatkan beratus-ratus ringgit. Di tempat kerja mereka meraikan Hari Jadiku di dewan khas “istana” tempat jamuan VVIP. Hari Sabtu nanti telah mendapat izin untuk ziarah Sobri setelah lebih 2 bulan tidak bertemunya.

Aku kerap dilantik sebagai Kem Komanden di dalam perkhemahan/mukhayam anjuran JIM dan IKRAM.


Aku masih perlu banyak dan selalu bersyukur kerana punyai keluarga dan sahabat-sahabat yang banyak memberi keceriaan dalam penghidupan ini. Semakin berumur aku ini semakin sensitive emosi dan perasaan ini. Tentu sekali yang kerap menjadi mangsanya ialah isteriku, tempat aku mencurah kasih dan permasalahan juga. Alhamdulillah.

Semoga kalian dan aku sentiasa di dalam Pelukan Rahmah Allah SWT amin.

Tuesday, October 18, 2011

Aku mesti terus menulis.



Aku memohon maaf kerana lama tidak menulis di dalam blog ini. Namun aku ini masih ada semangat untuk berkongsi cerita, pengalaman untuk faedah bersama. Wadah penulisan ini aku jadikan saksi di hadapan Allah SWT agar dapat aku menjawab persoalan kedua-dua malaikat ‘penjaga kubur’, Mungkar dan Nangkir.




"Wahai Rusli Bin Ummi Selamah siapakah saudara kamu?" Aku akan menjawab, "Muslimin dan muslimat adalah saudaraku." Malaikat bertanya lagi, "Apa bukti kamu wahai Rusli Bin Ummi Selamah?" Aku akan menjawab, "Aku sentiasa beristiqamah dengan tulisanku blog aku untuk pengkongsian mereka."


Alangkah beruntungnya jika aku boleh menjawab sebegini. Maka saranan aku untuk semua yang kurang mampu mengekalkan ‘posting’ blog mereka maka fikir-fikirkan.


Al ‘Alaq ayat 1-5 - Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


InsyaAllah peranan yang kerdil tetapi berterusan walaupun sedikit akan dapat dikongsi ramai. Semoga merupaka alam soleh kita.

Sunday, September 4, 2011

ILMU AMAL DAN AMAL

ILMU AMAL DAN AMAL

Ilmu …
Di dalam arena medan perjuangan,.

Penuh onak, renau dan duri.

Duri-duri jalanan yang bisa lagi berpanjangan.

Hanya Almu, kefahaman dan ketabahan hati.

Menjadi pedoman pendiding diri.

Tanpa Ilmu Marusia buta.

Buta dalam pertimbangan dan penilaian.

Pertimbangan yang haq dengan bathil.

Penilaian Islamiah dengan Jahiliah.

Dua ciri yang bertentangan dan berlawanan.

Yang tidak mungkin berkompromi sekata.

Yang tidak akan sehaluan dalam perlayaran.

Yang pasti akan bertembung di medan perjuangan.


Iman …

Lafaznya di lidah.

Tasdiqnya di hati sanubari.

Melaksananya dengan perbuatan.

Suatu perisai yang amat kukuh.

Mempertahankan, membela dan menentang.

Mempertahankan yang haq.

Membela yang lemah

Menentang kefitnahan dan kekufuran.

Agar muka bumi ini bebas dan merdeka.

Merdeka dala marti kata yang sebenarnya.

Tiada Ilah melainkan Allah.

Nabi Muhammad utusan Allah.



Amal …

Suatu yang diredhai.

Niat perlaksanaannya jelas suci murni.

Walaupun sedikit tetap berterusan.

Bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji


Tetapi …

Membentuk memperbaiki diri.

Membina, mentarbiah baitul muslimin.

Membimbing masyarakat, watan, negara dan kesatuannya.

Hinggalah ke puncak alamiah.

Itulah tujuan dan itulah matlamat.

Nahnu duat la khudat

Kami pendakwah bukan penghukum.


Nukilan : A.MOSAINI PG