Saturday, January 8, 2011

Secebis Harapan


Apa guna dicurahkan air mata
Jika sekadar habuk kecil melata
Mungkin itu yang mereka kata
Tetapi aku yang sakit menderita

Derita tidak seteruk mana
Jika dibanding yang Rasul terima
Namun engkau tidak tahu apa
Kekadang hadir kekadang tiada



Hidup mungkin tidaklah sama
Tapi jangan merasa selalu lega
Dugaan hidup sentiasa di mana
Redha dipinta dari Yang Esa

Rakan taulan tiada serupa
Tawanya ramai tangisnya tiada
Namun belum kiamatnya dunia
Aku harus terus lalui derita



Esok lusa mungkinkah tiba
Ku pohon doa sinar bahagia
Rohani jasmani juga minda
Mohon aku diterima di Sana

A MOSAINI PG

4 comments:

  1. mahal pantun JH ni. IM tak mahu respon apa. tunggu WN nak kata apa..

    ReplyDelete
  2. Diukir pantun luahan rasa
    Untuk dikongsi sahabat bersama
    Terasa puas lega sementara
    Esok lusa entah bagaimana

    IM WN memang sahabat setia
    Dari dahulu kini selamanya
    Doaku kelian tabah sentiasa
    Harungi hidup penuh pancaroba

    ReplyDelete
  3. salam tuan rumah
    gambar dangau di tepi sawah tu cantik sangat..nyaman..alangkah damainya jika dapat berehat disitu...

    ReplyDelete
  4. Dugaan datang dugaan pergi
    Yang hidup pasti akan mati
    JH meluahkan rasa hati
    Moga dirimu dan keluarga sentiasa diberkati
    WN hanya dapat bersimpati
    Kerana aku juga kerap diuji

    ReplyDelete