Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, October 20, 2009

Empangan Mengkuang di pagi yang hening.

Bukanlah mudah nak ajak anak-anak pada awal pagi Ahad sebegini. Mereka lebih suka membuta saja.


Jam sudah 7.00 pagi
Kenapa tidak bangun lagi
Kan kita sudah berjanji
Tiap Ahad ber PATT

Bukan kerana hadir YD
Bukan juga kerana Ustaz Rozee
Beriadah di pagi hari
Untuk kesihatan diri sendiri

Anak-anak liat selalu nak pergi
Mata mengantuk menguasai diri
Malas bertengkar di pagi hari
Hanya berdua umi dan abi

Senanam perut tidak dilupa
Barang juadah kongsi bersama
Rapat hubungan bertegur sapa
Erat ukhuwah sekian lama

4 comments:

Hj Atan said...

PATT berkumpul awal pagi
Duduk bercakung mulut tergangga
Takut tengok menu pagi
Peluh setitis kalestrol sebelangga

Mesra bersembang perirat ukhuwah
Sambil berjogging senyuman diberi
PATT buat dibendang atau di sawah
Seronok menangkap haruan dan keli

Insan Marhaen said...

Abi mencangkung menjulur joran,
Umi bertimpuh menguis keli,
Apa diharap hadirnya kawan,
Dia sendiri pun menggigit jari.

hrusli61 said...

Hj Atan orangnya bijak
Sifat tegas tersohor sekali
Jika makan jangan terlajak
Tengok makanan terlupa diri

Insan Marhaem selalu begitu
Banyak alasan kami dah tahu
Yop gigit jari peningkan Ibu
Cume sabor ajele aduhai Abu

Omaq oTai said...

PATT dibuat cuba lah pi,
Terasa ringan badan dan kepala,
Dok Maktab rasa ringan nk pi,
Dok jauh terasa berat la pula.

Dok tepi Dam rasa nk berangan,
Terasa pula nk pancing ikan,
Menu disedia mengikut perancangan,
sesuai dengan tenaga dikeluarkan.

*PATT akn disokong selagi kudrat masih ada. Insya-Allah~