Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, March 10, 2010

Semakin tua semakin lupa.

Bermain dengan permainan anak-anak mengimbau bertapa seronoknya kita pada ketika itu. Adakah dapat dilalui saat-saat bahagia itu.

Itu yang aku khuatiri kenyataan yang mengatakan; "Jika umur sudah memasuki empat puluhan maka seseorang itu tidak akan berubah lagi". Aku sekarang dengan izin sudah hampir 50 tahun umurku. Tahun hadapan 3 November 2011 akan genap 50 tahun umur ku mengikut kiraan tahun masihi. Hairan kenapa baru sekarang aku terperasan? Lupa sungguh aku ini sudah tua rupanya.

Pejam-celik, pejam-celik aku sudah mempunyai teman hidup dan punyai amanah dan tanggung-jawab yang bertambah. Ini dapat membantu kita melengkapkan dan memudahkan laluan kehidupan ini.

Perasaan ini tercetus apabila aku berbual dengan blogger Insan Marheam. Pertanyaan aku kenapa beliau bercuti dan di mana beliau pergi pada suatu hari ini. Beliau menjawab ke Pejabat KWSP kerana beberapa hari nanti umurnya akan mencecah 50 tahun. "Oh bestnya boleh settle hutang-piutang dan kemudian menjadi financial free". ujarku.

Ini adalah tempat yang paling baik untuk kita beribadah. Tidak hairanlah semua penduduk Muslim dari seluruh perusuk dunia ingin, akan dan telah ke sana.

Tetapi aku sebenarnya lupa, pernah satu ketika dahulu aku telah bercita-cita akan menunaikan Fardhu Haji bersama isteri pada umur 50 tahun ini. Selepas dibayar kembali semua pinjaman dan hutang-piutang maka baki duit KWSP itu nanti diperuntukan bagi perbelanjaan ke Mekah insyaAllah. Selebihnya jika ada, disimpan dan digunakan untuk hari tua. Rasanya pada ketika itu jika diizin Allah SWT aku bercadang hendak menjadi 'full timer dakwah' sambil memberi tumpuan aku kepada aktiviti silatku juga.

Semoga Allah izinkan dan berkati.

6 comments:

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

Tak sangka ya cikgu. Bila kita lihat muka di cermin baru tau umur semakin meningkat tapi itu tidak bermakna dakwah semakin menurun. Tak begitu cikgu. Saya dah masuk 48 tahun

hrusli61 said...

Jiman, kamu setahun di belakang saya slow but steady.

Itu bukan apa, saya tahu kaki kamu tuu kena tune sikit.

Man lama kita tak bersilat bersama. Buah pentas pisau kamu ingat lagi tak. Jika tak kita practise dalam mimpi macam dolu-dolu.

tunbegia said...

semoga sejahtera senantiasa,

salamm,

keluarga-amri said...

Heh..heh.. Aku pun ada pasang niat untuk pergi Haji bila umur 50. Tapi sebelum itu nak bagi hutang free dulu!

Ingat nak amalkan semula gerakan 50 sebagai aktiviti senaman disamping membangkitkan nostalgia. Semalam, cuba nak ingat-ingatkan semula. Baru aku perasan, rupanya aku dah lupa.

Boleh tolong aku refresh semula buah-buah tu ke?

Insan Marhaen said...
This comment has been removed by the author.
JIM Seberang Perai Tengah said...

Tua-tua keladi. Dah tua baru berkesempatan naik Haji...

Muga tuan bakal mendapat Haji Mabrur!