Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, April 30, 2010

Dia sungguh menggoda dan aku telah terlanjur dengannya.

Nisa' atau wanita menjadi teman sejati untuk lelaki tetapi jika tidak berhati-hati boleh menjadi fitnah membakar diri.

Aku segaja menceritakan kisah benar ini agar ianya dapat menjadi ikhtibar untuk kita semua. Bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi semoga menjadi pengetahuan untuk diamalkan bahawa mencegah lebih baik dari mengubatnya. Jangan mencuba bermain api.

Dia seorang yang baik dan agak wara’ dan sejak mula lagi aku melihat dia sering datang awal dan bersolat di surau. Wataknya bagaikan seorang ustaz dan sering dijadikan rujukan rakan taulan.


Pada mulanya kawan biasa tetapi lama-kelamaanya kami sudah terlanjur.

Tetapi kekadang aku kurang senang dengan sikapnya yang sering suka bertanya tetapi bagi firasat aku, pertanyaannya segaja mahu menguji sejauh mana kemampuan aku menjawab persoalan itu. Namun aku cuba menjawab sebaik mungkin dan kadang-kala aku akan menjawab dengan menyindir dia.

Pada mulanya rata-rata perbualan kami selalu berkisar dengan masalah-masalah setempat dan semasa tetapi sejak akhir-akhir ini dia kerap bertanya mengenai masalah peribadinya. Sebagai orang yang pernah terlibat dengan kaunseling aku mula memahami yang dia mempunyai masalah yang amat besar.

Himpunan muda-mudi apa faedah dan manfaatnya? Jika tidak dianjur dengan cara Islamik, bukankah nanti ianya mengundang perkara-paerkara maksiat . Minta dijauhi Allah.

Dia ada seorang teman wanita yang sungguh rapat dengannya. Walaupun dia sudah beristeri dan mempunyai anak, namun kemungkinan besar dia tidak mendapat apa yang idamkannya. Mungkin sejarah awalnya banyak yang aku tidak ketahui. Teman wanitanya kononnya sungguh mengoda (katanya) dan natijahnya pergaulan dan keakraban mereka telah terlanjur dan melampaui batas.

Aku pada mulanya tidak percaya dan berfikiran mungkin dia hendak melawak atau menguji aku. Namun ini perkara serius dan bukan lagi main-main. Dia mula mengelabah bila ada lelaki lain ujud diantara mereka. Dengan alasan agar lelaki ini tidak tergoda seperti dia, dia bertanyakan kepada aku wajarkah dia memberitahu kisah yang sebenar kepada lelaki itu.

Aku dapat memahami dengan kehadiran lelaki itu dia tercabar atau mungkin cemburu. Sekarang dia bercita-cita ingin berpoligami dan mengambil teman wanitanya tadi sebagai isteri kedua. Sebenarnya aku kurang selesa dengan cadangannya itu. Dalam firasat aku dia akan menambah masalah lagi.

Pernah aku menasihati dia agar jangan bermain api. Sebagai orang dakwah kita tiada masa untuk bercinta dan berkasih sebegini lagi. Aku pernah menegaskan kepadanya cinta sebenar dan yang mutlak hanya untuk Allah, Rasul dan perjuangan ini.

Mana ada masa untuk kita bercinta macam orang muda-muda lagi. 'Tiada reba cari reba.' Tiada beban batu digalas. Kini dia tersepit dan tidak tenang lagi. Fikiran kusut, menggelabah dan sedihnya dia malu dan segan untuk ke surau awal dan tidak seperti dulu. Dia meniti hari-hari yang mendatang dengan tidak tenteram. Walaupun beberapa kali dia ambil cuti untuk mencari ketenteraman hati.

Namun aku akan berdoa untuk dia agar memperolehi kejernihan dan keampunan Illahi. Nasihat aku kepadanya; Taubat Nasuha. Beri tumpuan kepada anak isteri. Kifarahkan kesilapan itu dengan banyakan kerja-kerja amal. Sibukan diri dengan dakwah.

Semoga dia dikurniakan belas-kasihan Allah dan cepat kembali ke jalan kebenaran.

“ Sesungguhnaya solat itu dapat mencegah dari kemungkaran "



Minta dijauhkan Allah daripada diuji sebegini, "Ya Allah terimalah taubat dan solat ku ini".

1 comment:

hentian said...

Kalau dah terlanjur kenalah bertanggungjawap.

Apa yang akan berlaku di hadapan terpaksalah di harungi lantaran terjadinya dek tangan sendiri.