Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, April 5, 2010

Tolong Tenguk Juga Anak-anakku


Along alhamdulillah tidak banyak kerenahnya walaupun pada masa awal dahulu pernah dua kali masuk wad di hospital kerana sawan tariknya. Beliau juga banyak menangis waktu maghrib waktu kecil dahulu jenuh kami berubat ke sana sini.

Hadis riwayat Al Bukhari mengenai mendidik anak-anak. Ar Rasul ada bersabda, “Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). “ Berdoalah kita apabila telah berusaha sebaik mungkin agar anak-anak kita tidak mengikut perkara-perkara sia-sia apa tah lagi perkara-perkara maksiat.
Muhammad Sobri, mungkin anak yang bongsuku mempunyai kerenah yang berbeza dengan along. Basikal yang di belakangnya telah dicuri orang bulan sudah dan aku tidak kisah. Tetapi aku amat khuatir ialah masa aku yang dicuri orang dan aku tidak dapat memberi yang terbaik untuk anak-anakku.

Semasa kecil bolehlah dikendong atau didukong anak-anak ini dan di rumah bolehlah kita perhatikan kerja buat mereka tetapi apabila di luar tentu mereka akan terdedah denga berbagai cabaran dan dugaan hidup. Dua unsur yang patut diperhatikan juga ialah rakan taulan mereka bermain atau berkawan dan suasana persekitaran mereka.

Di luar mereka akan terpengaruh dengan kawan dan suasana. Jika baik kedua-duanya maka insyaAllah baiklah anak-anak ini jika sebaliknya maka tentu akan merisaukan kita . Sama-sama kita perhatikan anak-anak ini semasa mereka di luar. Amalkan konsep anak-anak jiran anak-anak kita dan anak-anak kita anak-anak jiran jua.

Rasanya apabila kita orang tua nanti terlantar sebegini adakah anak-anak boleh membantu ke atas kebajikan kita? Ya Allah akhiri kehidupanku ini dengan tidak menyusahkan orang lain. (Gambar hiasan semasa aku menderma darah)


Sikap jaga tepi kain orang ini ada juga baiknya. Jangan lupa di kubur kelak malaikat akan bertanya siapa saudara kamu. Sedang dengan jiran-jiran tidak pernah bertegur sapa. Mari kita bersama berusaha dan berdoa agar kita dapat menjadi insan yang baik kepada keluarga sendiri dan baik kepada jiran di sekeliling. Mudah-mudahan jiran ini adalah bersama memerhatikan kebajikan keluarga dan boleh membantu bila kita tiada sementara atau tiada buat selama-lamanya.
Aku perlukan doa-doa dan perhatian dari kelian semua.

2 comments:

Hj atan said...

Salam

Doa dan kerisauan terhadap keluarga sahabat sentiasa mengiringi pd apa jua keadaan dan masa.

Jika masyarakat memerlukan masamu maka isterimu sewajarnya mengantikan masamu..

jgn sampai anak kita 'membayar masa kita' dgn kerenah mereka..

hrusli61 said...

Jzk Hj atan diatas saranan. Aku akan cuba dan terus mencoba membuat yang terbaik untuk semua. Semoga Allah mengurnikan kekuatan kepada kita semua.

Alang indahnya hidup berjamaah. Rugi jika ada yang tidak sudi lagi mengekalkan tali jambatan jamaah yang kita doakan akan menjadi wadah mencalonkan kita ke syurga.