Pasrah meniti kisah silam
Kekadang cerah kekadang kelam
Bersama mu berusrah bermukhaiyam
Terasa gundah igauan mu semalam
Kan aku terusan cuba istiqamah
Walaupun kau memilih mahu duduk di rumah
Doaku pada mu kembalilah kepada jamaah
Segera bertindak agar jihad mu tidak lemah
Sepatutnya kau berada di celah barisan kami di atas ini sedari dahulu lagi.
Maaf aku hanya mampu mendengar
Sesekali cuba nasihat agar kau sedar
Tangan kau sahaja yang mampu menukar
Gaya hidup mu supaya tidak lagi sukar
Tidak terlambat aku katakan
Kembali kita ke pangkal jalan
Jenama jamaah pilihan bukan
Berdakwa beramal buatkan bekalan
3 comments:
Benar cikgu. Kerana jemaah lah saya masih mampu bertahan walaupun tenggelam timbul. Sebagai manusia yang digelar pendakwah ujian itu pasti datang cuma bila. Bila ujian datang hanya kepada Allah saja kita meminta. Pahit itu pasti menjadi ubat
relaks la master. hidup begini ketentuan ilahi.
dunia ni bulat. hari ini master tolong dia. esok-esok dia tolong master.
apa boleh buat. tahi kambing bulat-bulat.
Jzk kerana sudi dan masih bersama.
Tahi kambing bulat-bulat
Jika terpijat menjadi rata
Banyak kerja hendak dibuat
Mari sepakat seiya sekata
Post a Comment