Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, December 20, 2010

Air Mata Dhuha

Sejak di rakaat pertama lagi hati ini tiba-tiba sayu dan sebak. Terbayang dua insan yang aku sangat sayang. Kesunyian dan kesyahduan surau di tempat kerjaku ini telah menjadi destinasi singgahan harianaku sebelum ke kafeteria. Di sini aku mengambil peluang keemasan untuk mengadu kepada Allah SWT memohon kurniaan 'bekalan' agar dapat aku meneruskan perjalanan ini yang pasti tiada mampu akau tempohi tanpa pertolonganNya. Solat sunat Dhuha cuba aku budayakan. Hendak bangun di akhir sepertiga malam tidaklah aku mampu sangat.

Setelah aku menghatar sms kepada IM "Jom Dhuha", aku melangkah masuk ke surau. 'Bulan Disember' aku merenung ke arah kalendar di papan kenyataan. Bercuti bersama mereka camping sana-sini dan program outdoor anjuran JIM dan IKRAM menjadi agenda yang mesti. Di bulan ini sebelumnya aku akan banyak berinterasi dengan 'Soleh' anakanda bungsuku dan 'Nana' anak angkat asuhan kami. 'On'kan kedua kipas dinding surau aku terus mengambil wudhu. Belum sempat rakaat kedua air mata tiba-tiba mula mengalir keluar dan ianya bertambah deras pada sujud terakhir. Begitu kerdilnya aku berhadapan dengan ketentuan Illahi Rabbi. Bagaimana Nabi Allah Ibrahim mampu menyembelih anak kesayangnya Nabi Ismail?


Nana seorang budak perempuan berumur tiga tahun menjadi mangsa penceraian, terpaksa aku lepaskannya setelah enam tahun membesarnya di depan mataku ini. Ibu kandungnya telah mengunakan perundangan untuk mendapatkannya kembali. Aku sememangnya boleh terima hukum dan undang-ungdang. Tetapi hati ini tetap tersentuh sebagai seorang insan yang punyai perasaan. Aku sangat terkilan kerana cara mereka mengambilnya kembali laksana barangan yang tidak punyai harga. Telah aku nyatakan berkali-kali Nana bukan barangan, dia manusia yang punyai perasaan dan emosi.



Pada malam itu mereka datang dengan kereta peronda polis dan beberapa kereta untuk nekad mengambil Nana. Aku ketika itu 'night duty' bergegas balik ke rumah. Nana meraung-raung dan meronta-ronta tiada mahu mengikuti ibu kandungnya. Aku mengambil wudhu dan menghimbus air dari mulutku ke anggota Nana. Berjanji akan mengambilnya kembali. Dalam tangisan yang mendayu-dayu dan teresak-esak, mendukongnya untuk terus aku masukan ke dalam kereta mereka. Aku suruh mereka segera pergi sebelum apa-apa yang tidak ingini berlaku lagi. Perasaan hiba ini terasa sangat kerana sehingga saat ini kerana aku tidak mampu memperolehkan Nana kembali.


Tidak cukup dengan aku kehilangan Nana sebulan dua, kini aku kehilangan Soleh. Aku telah bertekad untuk menghantarnya ke pengajian tahfiz atau pondok demi masa depannya. Ini telah aku bincangkan secara serius dengan sahabat-sahabat dalam usrahku dan jiran-jiran terdekat. Setelah 44 hari menjalani 'suluk' atau kaedah penbersihan dan penyucian, aku cuma dibenarkan sebulan sekali menziarahi Soleh. Pada pertemuan ziarah pertama Soleh memarahi kami kerana tega menghantar dia ke situ. Dia menangis minta untuk pulang ke rumah. Tetapi setelah dua bulan lebih dia telah mulai faham kenapa kami menghantar dia ke sana. Kini dia telah banyak berupa. Setelah katam 30 juzuk Soleh mula menghafaz mukadam. "Abah adik telah hafal 7 ayat dari Amma yatasaalu ." Aku teramat ....

Muhammad Sobri Bin Rusli @ Soleh buah hati kami.

Aku yakin tindakan ini tepat tetapi hati ini sentiasa hiba melihat rakan-rakan Nana dan Soleh mundar-mandir di hadapan rumah dan di hadapan mataku. Ya Allah permudahkan akan kerja buatku ini. Ameen

5 comments:

Ariff Budiman said...

Ya Allah permudahkan urusan sahabat baik ku ini. Semoga Soleh beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Terharu cikgu bila membaca luahan ini. Pendekar sekali pun kadang-kadang ada lembutnya ya.

hrusli61 said...

Jiman hari ini saya lain macam sahaja. Mata ini sentiasa mahu berkaca setiap kali saya buka blog ini.

Betul kata IM, gambar atas tu kena turunkan.Mula saya tak faham dan rasa OK je.

Jzk di atas doa.

Maiyah said...

hnya padaNya kita berserah :)

hrusli61 said...

Terima kasih Pn Maiyah kerana sudi berkongsi komentar dan peringatan

hentian said...

menjalani kehidupan ini juga seperti memandu kereta. kekadang terlanggar lubang dan pancit tayar..