Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, March 26, 2010

Air Kolah Tujuh Masjid.

Umat Islam tua dan muda beramai-ramai mengangkat wuduk untuk bersembahyang dan masih menggunakan kolah masjid.

Kenapa ramai anak-anak membenci kedua ibubapa mereka? Adakah kerana orang tua mereka melarang mereka keluar malam? Atau mungkin melarang mereka keluar rumah tanpa izin dan ke kompleks membeli-belah? Atau ada anak-anak yang sudah jemu mendengar leteran demi leteran apabila berada di rumah? Siapa yang bersalah adakah ibubapa mereka atau siapa?
Beginilah suasana pada hati Jumaat. Umat yang perihatin tidak akan meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran.

Bagi ibubapa yang mengalami masalah sedemikian mungkin selalu pening kepala. Hendak dipukul, sudah beberapa kali dilakukan tetapi masih tiada berubah. Hendak berlembut takut nanti mereka naik kepala. Jadi mahu tidak mahu ibubapa kena berusaha memohon Allah SWT membantu memberi taufik, hidayah dan memulihkan keadaan. Itulah diantara yang dapat aku kutip keluhan demi keluhan daripada beberapa ibubapa kenalan rapat. Mereka bertanya apa salah mereka. Mereka bertanya apa kekurangan mereka. Ibubapa nampak baik siang malam bersembahyang tetapi anak, masyaAllah macam syaitan.

Bagi sesetengah rakan lain pernah bercakap memberi pandangan. "Hang hantar sahaja mereka tu ke sekolah pondok, habis cerita". "Mungkin mereka hanya menyangka yang sekolah pondok itu pusat memulih akhlak ke ?" bisik aku di dalam hati.

Ada yang memilih menggunakan air paip bukan kerana apa cuma mahu cepat. Air kolah atau air paip asalnya sama.

Alhamdulillah kebanyakanya telah jumpa jalan keluar mereka. Seorang nenek hanya mampu solat hajat untuk cucunya yang sangat nakal yang kematian ibu. Berhari-hari cucunya tidak balik ke rumah dan tidak bersekolah. Bila aku bertanya, beliau menjawab yang cucunya telah mula pulang ke rumah akhir-akhir ini. "Mak Cik buat macamana? " Beliau menjawab, "Nak cari Mak Cik tak larat, Mak Cik cuma mampu solat hajat sahaja". Beliau aku temui masih bertelekong di sebuah kampong berdekatan selepas solat subuh.

Seorang rakan sekerja juga begitu juga masalahnya terubat juga apabila beliau sering solat hajat. Kes ini kes ayah tunggal. Anaknya juga mula berubah. Aneh juga seorang lagi sahabatku hampir setiap waktu bersolat hajat apabila anaknya sudah 4 hari tidak balik ke rumah. Anak ini masih mempunyai ibu dan bapa. Mendapat ide untuk solat tahiyatul masjid sebanyak tujuh masjid dan mengambil air kolah masjid tersebut untuk dimandikan kepada anaknya yang bermasalah itu. Bukan perkara mudah namun dicubanya juga. Aku diberitakan hasilnya sangat positif Alhamdulillah.

Bayangkan anak-anak ini jika tidak bersekolah atau tidak pulang ke rumah. Tentu sekali ibu dan ayah pening kepala dibuatnya.

Mudah-mudahan mereka ini dan kita juga dibantu Allah SWT dalam urusan mengurus keluarga kita ini. Tapi aku masih hairan mengapa tidak ibu dan ayah mereka itu juga dimandikan dengan air kolah tujuh masjid ini.

Wednesday, March 10, 2010

Semakin tua semakin lupa.

Bermain dengan permainan anak-anak mengimbau bertapa seronoknya kita pada ketika itu. Adakah dapat dilalui saat-saat bahagia itu.

Itu yang aku khuatiri kenyataan yang mengatakan; "Jika umur sudah memasuki empat puluhan maka seseorang itu tidak akan berubah lagi". Aku sekarang dengan izin sudah hampir 50 tahun umurku. Tahun hadapan 3 November 2011 akan genap 50 tahun umur ku mengikut kiraan tahun masihi. Hairan kenapa baru sekarang aku terperasan? Lupa sungguh aku ini sudah tua rupanya.

Pejam-celik, pejam-celik aku sudah mempunyai teman hidup dan punyai amanah dan tanggung-jawab yang bertambah. Ini dapat membantu kita melengkapkan dan memudahkan laluan kehidupan ini.

Perasaan ini tercetus apabila aku berbual dengan blogger Insan Marheam. Pertanyaan aku kenapa beliau bercuti dan di mana beliau pergi pada suatu hari ini. Beliau menjawab ke Pejabat KWSP kerana beberapa hari nanti umurnya akan mencecah 50 tahun. "Oh bestnya boleh settle hutang-piutang dan kemudian menjadi financial free". ujarku.

Ini adalah tempat yang paling baik untuk kita beribadah. Tidak hairanlah semua penduduk Muslim dari seluruh perusuk dunia ingin, akan dan telah ke sana.

Tetapi aku sebenarnya lupa, pernah satu ketika dahulu aku telah bercita-cita akan menunaikan Fardhu Haji bersama isteri pada umur 50 tahun ini. Selepas dibayar kembali semua pinjaman dan hutang-piutang maka baki duit KWSP itu nanti diperuntukan bagi perbelanjaan ke Mekah insyaAllah. Selebihnya jika ada, disimpan dan digunakan untuk hari tua. Rasanya pada ketika itu jika diizin Allah SWT aku bercadang hendak menjadi 'full timer dakwah' sambil memberi tumpuan aku kepada aktiviti silatku juga.

Semoga Allah izinkan dan berkati.