Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, January 25, 2011

Bersalaman diantara lelaki dan perempuan.

Bagaimana jika seseorang yang berlainan jantina datang dan menghulurkan tangan kerana ingin bersalaman dengan kita oleh sebab-sebab yang tertentu? Secara umum terdapat dua pendapat.
Pertama yang dipegang oleh kebanyakan ulama yang lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan.

Kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yang halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah seseorang itu, maka itu dibenarkan.

Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yang boleh membawa kepada hubungan yang haram antara lelaki dan perempuan. Bagaimana dengan kita? Tanyalah ustaz-ustaz dan ilmuan Isam untuk kemantapan kefahaman diri kita ini. Bukan sekadar isu pilihan raya tetapi pengamalan aktiviti harian kita.

2 comments:

IKRAM SPT said...

Terima kasih Jendelahati satu n3 yang ringkas tetapi mengetuk minda. Islam itu cantik dan mudah, jangan kita pula yang menyusahkannya.

Insan Marhaen said...

huu.. baca link di bawah untuk luaskan sikit pandangan..

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2917:shake-hand-in-glove-cikgu-mala-get-slammed&catid=48:news&Itemid=82