Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, March 21, 2011

Air Mata di Raudhatus Sakinah

Wahai Tuhanku yang Esa. Bila mengenang QaharMu. Rasa gerun di hatiku. Kerana takutkan siksaMu.

Buat pertama kali aku sempat menjengok ke dalam rumah Raudhatus Sakinah Pulau Pinang (RSPP) menemani Hj Atan pada 15 Februari 2011 bersempena 12 Rabiulawal 1432. Hj Atan dijemput menyampaikan ceramah Maulud untuk pelatih di situ. Dahulu kami cuma membuat kerja-kerja amal membersihkan kawasan persekitaran sahaja. Aku terus memasang niat akan ke sini lagi untuk memyumbang sesuatu kepada pelatih di situ.

Hasrat ini tercapai pada hari Ahad 20 Mac 2011 baru-baru ini. Jam menunjukan 11.26 pagi aku dan isteriku Rahidah telah sampai di pintu pagar RSPP. Setelah menghubungi Pn Inayah pengurus dengan talipon, kami telah dibenarkan masuk oleh pertugas RSPP. Kelihatan ada satu keluarga bersama pelatih di ruangan hadapan rumah. Mungkin ziarah keluarga bisik aku di dalam hati.

Gambar hiasan sahaja. Anak-anak KITA.

Aku menyusun langkah ke ruang tamu dan melihat beberapa pelatih dalam lingkungan belasan tahun mungkin seramai 20 orang telah sedia menunggu kami. Siap dengan LCD projektor, laptop berserta screen atau paparan layar perak. Tajuk penyampaian "Matlamat Kehidupan" telah aku pilih khas untuk mereka.

Bermula dengan pengenalan diri aku teruskan dengan klip video "Bingkai Kehidupan" di mana memaparkan di antara aktiviti-aktiviti yang jamaah selenggarakan. Aluan nasyid iringan telah disambut baik dengan kedengaran beberapa bisikan suara-suara mengalunankannya bersama.

Aku hampir-hampir menitiskan airmata bila memainkan klip video kedua yang mengesahkan tentang perjuangan aluanan nasyid Soff One. Aku tahan namun mungkin ada yang perasan. Aku selang-selikan beberapa pengajaran setelah video klip ini aku mainkan. Hidup bak sampan di laut. Video seterusnya mengenai penderitaan rakyat Palestin yang sungguh menyentuh jiwa dan aku menyarankan agar mereka yang tergulong di kalangan kaum hawa ini semoga dapat melahirkan singa-singa pejuang bukan anak-anak ayam daging yang bakal disembelih sahaja. Peranan kita semua amat diperlukan, didiklah anak-anak bangsa dengan ilmu yang ditimba.
Rumah Raudhatul Sakinah Pulau Pinang. Mari berikan sumbangan dari segala aspek kemampuan.

Diakhir sesi, juga diatas permintaan seorang pelatih agar lagu nasyid Maher Zain, bertajuk InsyaAllah versi Melayu dimainkan. Oleh kerana tiada gambar video, aku meminta para pelatih memejamkan mata dan memaparkan gambaran sendiri di mata hati meraka. Kedengaran suara kecil teresak-esak dan aku menyatakan itulah hakikat kehidupan. Bila kita keseorangan mohonlah keampunan rahmat Tuhan dan teruskan kehidupan ini ini dengan lebih tersusun. Manfaatkan masa dan kesempatan yang ada. Aku hadiahkan dua bentuk key chain kepada dua orang pelatih kerana sudi memberi pendapat.

Aku pamerkan di sini VISI RSPP : Menjadi satu institusi pilihan bagi pembangunan insan yang membawa imej sejahtera untuk masyarakat majmuk. MISI : Merealisasikan tanggungjawab mencegah mungkar ke arah membenteras gejala sosial melalui kesedaran, bimbingan, perlindungan dan pembinaan jati diri remaja, keluarga dan masyarakat. Mendokong budaya kerja penyayang, efektif, proaktif dan efisien MATLAMAT : Mendokong budaya kerja penyayang, efektif, proaktif dan efisien. Membantu remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. Membantu remaja membina semula keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Mudah-mudahan kau dan aku akan tetap sentiasa di jalan Allah yang sebenarnya. YA Allah ampunilah dosa-dosa kami ini. Amiin. Aku melangkah pulang dan kedengaran suara-suara yang mengucapkan "terima kasih nanti pakcik datang lagi ya". "InsyaAllah" jawabku.

8 comments:

Anak Gayong said...

Teruskan usaha murni cikgu itu. Walaupun cikgu sibuk dengan silat sempat juga cikgu memberi ceramah kepada pelatih di situ.

Di doakan cikgu sentiasa sihat. dimurahkan rezeki dan dipelihara Allah dari mara dan bahaya.

Unknown said...

Doa daripada OmOt:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang Maha Pemberi dan Maha Pengatur. Jika Engkau aturkan yang baik buat sahabatku ini, maka itulah yang terjadi. Engkau sentiasa kuatkan dirinya agar misi bagi menegakkan syariat Islam pada 2020 kelak tercapai dengan sokongan semua pihak." Ameen~

Ariff Budiman said...

Semoga Allah terima amalmu ini insyaallah

Hj Atan said...

Elok Omaq o Tai dan Arif Budiman pi bagi pengisian kt RS tu.sekurang2nya dpt kita beri peringatan atau nasinat kpd mereka yg amat2 memerlukan bimbingan drp org seperti anda berdua..

hentian said...

sesekali pergi itu mengalirkan airmata. yang selalu pergi itu mengalirkan keringat.

muga kesemua mereka di dalam rahmat dan redha allah jua.

intan said...

tumpang tanya, boleh ke kalau kita nak ambil anak angkat daripada budak2 yg terlanjur di raudhatus sakinah?

Anonymous said...

Ya Allah Ya Rahman, Sesungguhnya betul kata prof Dr Muhayah, "andai kita mengharapkan pujian dan penghargaan orang sesungguhnya kita dalam kerugian TAPI moga kita hidup mencari Redho Allah"...amin. Semoga Allah memberkati dan meredhoi niat saudara yg ikhlas.

Terlanjur said...

Assalamualaikum... Ana ikhwan muslimin.. Bersama-sama membanteras gejala sosial ini... Bg ana semua masyarakat perlu terlibat membanteras gejala sosial ini...
www.keterlanjuran.com