Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, June 7, 2013

Teringat masa dulu.

Memang kadang-kadang terimbau kenangan lama semasa anak-anakku masih kecil. Memang mudah kerana tidak perlu fikir jauh. Anak-anak ini akan sentiasa bersama di dalam semua aktiviti yang kami terlibat. Jarang sekali aku tinggalkan mereka di rumah.

Mereka tidak mempunyai banyak kerenah. Syukur alhamdulillah segalanya mengikut kata. Aku besarkan mereka bersama Kak Ida yang juga macam aku mempunyai minat dan aktiviti yang sama. Dari mula kami belum berkahwin lagi kami telah bersama jamaah yang kemudian muncul sebagai Jamaah Islah Malaysia. Dakwah dan kebajikan merupakan tungjang aktiviti kami. Kemudian bersama dalam transfomasi ke IKRAM, satu pertubuhan Tarbiah, Dakwah dan Kebajikan.

Kami sekeluarga bersama berkongsi minat yang sama memasuki Silat Gayong Pusaka. Terlampau banyak hendak diperkatakan namun cukup aku simpulkan kami benar-benar aktif dalam silat.

Aku memang lama lama tidak p\berkongsi dalam blog ini. Ini aku amat akui aku tidak fokus kerana mungkin sudah ada FB.

Semoga aku boleh dan mampu menyumbang.

2 comments:

insan marhaen said...

Berbanding orang lain, kita sebenarnya masih beruntung kerana punyai keluarga dan sahabat yang seirama...

hrusli61 said...

Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka rosaklah ... (entah dah lupa)