Alhamdulillah dan taqabballahu minna waminkum. Sudah mulai tugas rutinku membawa Kak Ida ke pasar BM dan Penanti dan membeli barangan dapur untuk keperluan harian juga berniaga.
Jalan sedikit sepi mungkin ramai yang sambung berihat kerana terlalu letih. Atau mungkin awal lagi. Sementara tunggu Kak Ida di Pasar BM aku singgah makan roti canai telur dan teh O kurang manis. Sengaja tidak mahu tunjuk gambarnya kerana tidak mahu sahabat lain kata, "Mereka di Palestina mungkin tidak makan lansung", apatah lagi saudara Abdul Wahab Yahaya. Tok Guru Silat Petir aku fi Sg Petani yang sangat aku hormati. Pernah beliau menjejakan kaki di bumi Palesni yang berkati itu.
Pagi ini cadang akan ke rumah terbuka YB Tuan Hj Rashid Bayan Baru di Tapak Pesta antara 11.00 pagi hingga 2.00 petang ini. Ini pun bergantung kepada Kak Ida yang akan sibuk membuat kuah laksa tempahan dari pelanggan tetapnya untuk hari ini dan esok.
Raya aku biasa sahaja, ziarah emak di Kg Lubuk Katak, Tapah, Perak. Kemudian Raya ke -2 balik Penang pula. Raya ke 3 baru hendak atur ke rumah mana akan pergi nanti.
Untuk sahabat dalam IKRAM kita di SPT jangan lupa ada Jamuan Syawal di ketiga-tiga Tadika kita; Taman Guar Perahu, Taman Baru Seberang Jaya dan Kondonium Perda. Juga kita seharusnya mengatur 'baraan' untuk ahli. Siapa naka jadi tekong?
2 comments:
Sebenarnya ruitn hidup kita berputer sepertimana malam dengan siang. Yang berbeda cuma kudrat. Yang bertanbah cuma umur. yang tinggal cuma kenangan.
Mahu tidak mahu langkah perlu diteruskan.
Salam Syawal, Saudara. ..
Post a Comment