Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, August 13, 2018

4 DALAM 1

Macam pek minuman pula tajuk "4 dalam 1" ini. Segaja aku tulis begitu untuk terus cuba hendak berkarya kembali dan media yang aku masih punya.


1. Hari Sukan Tadika Amal Rintis (TAR) dan Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR), aku sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya (ALP) mesti cuba sedaya upaya untuk bersama membantu dan meraikan acara tahunan ini. Hari sukannya pada 12 Ogos 2018 hari Ahad, tetapi aku cuma mampu hadir pada petang sebelumnya. Sekadar hadir meninjau para guru dan pembantu menyediakan garisan-garisan padang dan persiapan yang lain-lain. Bagi aku jika sesibuk mana pun cuba-cuba hadir jika boleh walaupun sehari sebelumnya.

Aku amat memuji usaha guru-guru, penyelaras, penyelia, guru besar dan ALP kedua-dua institusi IKRAM Seberang Perai Tengah dan Bukit Mertajam ini. Melatih, mengurus acara-acara dan persiapan sukan ini sudah barang pasti memerlukan pengurbanan tenaga, masa dan kadang-kala wang ringgit. Syabas semua, semoga diberkati usaha-usaha kalian.

2. Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Negeri. Sebagai perwakilan dan merangkap Timbalan Yang Dipertua Kawasan Bukit Mertajam, aku mewajibkan untuk menghadirkan diri secara aktif. Apatah lagi ini tahun permilihan Jawatan Kuasa Baru. Ini jamaah yang aku bergiat sebagai platform tarbiah, dakwah dan kebajikan. Agar ada sedikit bekalan aku di Akhirat nanti in shaa Allah.

Aku diberi kepercaayaan dilantik pula sebagai Pengerusi Tetap untuk dua tahun kehadapan. Mungkin sebab songkok yang aku pakai itu yang paling tinggi diantara para perwakilan. Macam Speaker Dewan rasanya.

3. Majlis Pembukaan Gelanggang PSSPGM Cawangan Nyior Sebatang di Dewan JKKK Kampong Pertama Permatang Pauh. Alhamdulillah aku dijemput memberi sedikit penerangan mewakili pertubuhan sebagi Penolong Setiausaha Agung PSSPGM. Dalam sesi ini aku cuba memberi maklumat tentang Pusaka Gayong dan beberapa pengalaman peribadi.

Sambutan penduduk amat mengalakan selain remaja, ibubapa dan waris pun turut hadir. Tidak ketinggalan Timbalan Pengerusi JKKK dan Imam Masjid Papan pun bersemangat meraikan gombongan kami. Aku difahamkan YB Dr Afif ADUN Seberang Jaya tidak dapat bersama atas sebab-sebab tertentu.

Aku amat bertuah dapat bertemu dengan Mantan Presiden DSSM Pusat. Kami berkongsi beberapa hal mengenai silat. Paling aku teruja ialah isu LBGT yang beliau bangkitkan. Bagaimana sebagai pertubuhan silat boleh membantu?

Akhir majlis, hadirin diperlihatkan dengan beberapa persembahan pencak silat oleh pesilat-pesilat dari Cawangan Nyior Sebatang.

4. Dinner Bersama Jauzah (isteri). Walaupun "bateri aku tinggal satu bar sahaja" aku gagahkan diri untuk membawa makan malam di sebuah warong ikan bawal di Tok Kandu Permatang Pauh. Telah beberapa kali bila kami lalu dilokasi itu, dia akan bertanya bila kami boleh singgah. Alhamdulillah terlaksa juga untuk sesekian kalinya.

(Maaf tiada gambar takut ada yang terliur pula)

4 comments:

insan marhaen said...

Keep it up cikgu. muga Allah berkati usaha cikgu sekian lama...

Warisan Petani said...

Tahniah tuan.

hrusli61 said...

Jzkk atas komentar tuan2.

NESOHU said...

You're still very strong. Keep it up.