Keluargaku; kanan dari atas adikku Seliha, ibuku Ummi Salamah, aku, isteriku Rahidah, Adikku Zarinah dan bawah dari kakan, anak keduaku Nurhidayah, anak saudara Nana, anak ketigaku Nursyuhadah, anak keempatku Muhammad Sobri dan anak sulongku Mohd Saiful Nizam.
Agak lama aku tidak menulis di laman blogku ini. Maaflah banyak perkara harus dilihat dahulu. Namun aku cuba beri komen di blog sahabat-sahabat yang lain. Bukan sibuk sangat cuma sekadar mengurus anak-anak yang akan ke IPT. Nurhidayah akan masuk semester tiga di Kolej Politeknik Mara Ipoh dan Nursyuhadah insyaAllah akan ke Politeknik Johor Baharu, di Pasir Gudang pada awal bulan Julai ini. Sudah tentu banyak persiapan yang sukar dan juga yang remeh-temeh perlu diurus dengan segera. Pemeriksaan doktor yang paling menyulitkan kerana jika hospital kerajaan kenalah datang awal dan sudah tentu keputusannya pula memakan masa beberapa hari pula. Telah berulang beberapa kali Nursyuhadah pergi akhirnya kami mengambil keputusan ke kelinik swasta sahaja. Bayar RM50 dapat keputusan hari itu juga walaupun mungkin di hospital kerajaan cuma RM5 sahaja.
Walaupun mereka belum pergi aku mula merasa gelisah. Rasa tidak puas di dalam ruang waktu yang sedia ada. Jika kedua-dua anak remaja perempuan ini tiada di rumah tentu akan sunyilah kami. Along akan pergi bekerja macam biasa waktu pejabat, malam kadang-kadang keluar dengan kawannya. Manakala Muhammad Sobri sekolah petang tingkatan dua dan sebelah malam dengan aktivitinya sendiri. Akan tinggal aku dan isteriku di rumah pada waktu-waktu jika tiada program luar
Ada masanya bersama seketika dan ada masanya berpisah sementara sahaja. Ini lumrah kehidupan, tetapi yang pastinya, esok lusa kita akan berpisah selama-lamanya hingga dibangkitkan kembali di alam akhirat. Maka masa itu tiada pertolongan ibu ayah, tiada pertolongan adik-beradik dan tiada pertolongan rakan taulan. Hanya diri yang tenang dengan amalan sendiri yang baik atau sebaliknya.
Qori Pandeglang
-
Bila Anda mencari *qori pandeglang* anda datang ketempat yang tepat. kami
mempunyai 18 gambar tentang qori pandeglang termasuk gambar, photo,
wallpaper,...
5 years ago
5 comments:
apapun hrusli dah membesarkan ank dengan baik, trpksa jg berpisah.. takpe kalau rindu kan boleh call.
Cikgu.. saya pula pada 6 Julai akan hantar anak Hermawan ke Politeknik Tg Malim. Walaupun dah kahwin kerinduan gurau senda lampau masih lagi bermain difikiran.Saya dan anak-anak sentiasa sunyi tanpa Siti Aishah. Itu yang diluahkan oleh anak lelaki saya. Semoga Allah tetapkan iman kita semua. Berpisahnya mereka untuk mengejar ilmu. Rumahku satu ketika penuh dengan keceriaan, kini sunyi sepi tanpa penghuni. Amat sedih sekali cikgu
heeeemmm...
sedih... maybe nie lh jugak perasaan parentzzz saye...
ape tah lg mereka berdua tak b.kerja lg...
ape lg... yg mereka tahu hanya memikirkan anak2..
n kehidupan mereka yg mendatang...
sekurang2 nye uncle still buzy ngan kerja n aktiviti luar...
btul kan!!!!
biase lah bg anak2 plak...
study n terus kan kehidupan adalah tanggungjawab bg mereka...
cuma restu dan sokongan dr parentz yg amat m.bantu kami utk terus kan kehidupan...
hope.. restu itu kan membawa kami ke puncak menara gading... insyallah...
Terima kasih Pn Maiyah.
Jzkk Jiman dan thanks Fiza.
Seronok dan terhibur dengan komen-komen kalian.
Thanks
Aku dah melaluinya sejak 2005. Pernah satu masa kesemua anak-anakku tiada di rumah kerana belajar. Tinggal aku berdua dengan ibu_suri sahaja. Dan ibu_suri tidak mengapalah kerana ada airmata untuk menzahirkan kerinduannya dan ada aku untuk menyatakan, tapi aku .....
Begitulah sebenarnya ibubapa kita ( jika masih hidup ) amat mengharapkan kita kerap pulang menemuinya.
Post a Comment