Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, July 3, 2009

Ke Johor Mendaftar Nursyuhadah Ke Politeknik

Pernah bermusafir ke Johor dengan YDP JIM PP Ir Hj Jamaluddin pada tahun 2008. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Salam.
Alhamdulillah.
Barakallah ikhwah, akhawat dan rakan sekelian.


InsyaAllah
Saya akan ke Johor, sekeluarga mulai malam ini ke Tapah dahulu kampong tumpah darah ku menziahiri Ibu tercinta, esok 4 Julai 2009 Sabtu ke Sungai Buluh ada kenduri kesyukuran adik bongsuku Zaharah. Petangnya pula bercadang kemudian menuju ke Pasir Gudang mungkin singgah di mana-mana untuk berihat.

Kali ini ke Johor bertujuan untuk mendaftar anak ketiga saya Nursyuhadah ke Politeknik Pasir Gudang pada Ahad 5 Julai 2009 jurusan reka bentuk grafik.

Jzkk kepada yang telah memberi sumbangan bantuan kewangan. Juga saya perlukan doa restu di sepanjang bermusafir ini. Semoga diberi kekuatan dan kemudahan rohani, mental dan fizikal kepada kita semua. Akan balik ke Penang hari Isnin 6 Julai 2009 insyaAllah. Kerja hari Selasa.
Semoga semuanya selamat sejahtera hendaknya.
Jzkk kepada semua.

5 comments:

insan marhaen said...

Semuga selamat pergi dan pulang.

Jangan lupa ambil foto bebanyak dan kongsikan ke dalam blog ini.

Tentu ada banyak cerita. Mungkin akan jumpa kawan lama macam aku dulu. Mana tau....

zai said...

Salam Jendela Hatiku,
Alhamdulillah dan Tahniah kerana berjaya mendidik anak2 sehingga kemenara gading...sejuk hati ibu yg mengandung dapat anak2 yg cemerlang spt anak2 saudara

maiyah said...

salam, semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya.. Insyaallah

ARIFF BUDIMAN said...

Salamat berangkat cikgu. Semoga dalam pelaharaan Allah. Itulah tugas kita cikgu. Akan terus berjuang untuk anak-anak. Saya pula baru pulang dari Bangi. Hari isnin akan bertolak ke Behrang

hj atan said...

Elok cikgu tanya sama kawn-kawan yg tinggal kat sana di Politek tu kot-kot ada brader KITA..boleh la depa tolong tngok..kalau ada apa-apa masalah yg urgent..penang dgn johor bukan dekat tu..atau nak diusrahkan anak kita biar depa ada kawan yg baik-baik.

Semoga anakmu Nursyuhadah sewangi namanya..amin.