Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, November 3, 2009

Tua Dah Aku Rupanya

Tak dan nak tukar baju yang segak sikit bila Along bawa saja kek, lepas solat Maghrib aku terus bangun dan makan bersama mereka.
Along balik kerja dengan membawa suatu bungkusan yang agak besar. Ini tentu kek. Aku tidak sangka ada juga anakku yang sudi belikan aku kek. Walaupun mereka tahu aku bukan gemar makan kek. Mereka juga tahu aku jenis tidak akan tolak pemberian orang.


Along punya rushing tak sempat nak decorate kek ini. "Kek bogel saja". Tapi yang penting ialah ingatan dan kasih sayang mereka tidak dapat diungkap dengan kata-kata cuma perbuatannya mengambarkannya. Along memang tak banyak cakap.

Hari ini aku kerja 1/2 day bukan sangat kerana hari ini hari jadi aku tetapi aku harus pergi menziarahi bonda sahabat baikku yang baru kembali ke Rahmatullah. Malam tadi aku terima SMS dari Along "Selamat hari lahir abah semoga panjangn umur dan murah rezeki". Kemudian Deq Nor talipon dari Ipoh menyanyi "Selamat Hari Jadi". Kemudain Syuhadah SMS dari Johor, "I lov U". Cuma Sobri yang tidak hantar SMS sebab handphone kehilangan dan belum lagi aku carikan penganti. Biarlah dulu nak jimat sikit.




Sudah 48 tahun umurku. Tak sangka dah tua aku ini. Tengok saja gambat di atas. Ya Allah berkatilah usiaku ini dan tetapkan aku pada jalan mu. Amiin.

13 comments:

NESOHU said...

Happy Bday to u

ARIFF BUDIMAN said...

Selamat ulangtahun cikgu. Begitulah putaran kehidupan. Kita semakin tua cikgu

Omaq oTai said...

alHamdulillah, Allah masih pjgkn umur kita bersama..
saLam ulang tahun kelahiran ke-48~

terus menuju 2020~

hj atan said...

baguih la kalau dah sedar..he..he..

SHAHIDAN SAAID (ABG LONG) said...

semoga ikut nabi semakin berumur semakin rancak dakwahnya...semakin pertambahan umur semakin menghampiri kematian....selamat menyambut hari kelahiran dan keberkatan dlm hidup...dari bicara iman buat bekalan

surajagat said...

48 tahun dah nuu... awat nampak kecutt saja.. makin kurus.. tak tembam macam setahun sudah..

Insan Marhaen said...

Muga umur petangmu tidak menghalang dedikasimu di jalan dakwah yang masih panjang dan berliku.

maiyah said...

slmt harijadi.. muda lagi tu :)

hrusli61 said...

Thanks Mr Neoh. Jzkk kepada semua yang mendoakan dan yang sudi memberi peringatan.

Semoga diberkati untuk semua rakan blog.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Selamat Hari Ulang Tahun...

Tidak mengapa..masih tidak setua saya...sudah setengah abad.

Juga tidak mengapa..itu adalah putaran hidup....yang pastinya, masih bersemangat dan bertenaga melakukan usaha menegakkan agamaNya...

Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..Amin

Sedikit soalan..Bila agaknya mahu naik pangkat 'Datuk' dan menimang cucu, ya?

Jangan marah...

Wasalam...

hrusli61 said...

Jzkk (tq) kepada semua.
Kak Umi, ana rasa terharu Kak Umi sudi follow blog ana, Blogger Ikan Jerung sudi melayari blog ikan bilis.

Datok? Anak sulong lelaki baru kerja, kedua & ketiga perempuan masih belajar di kolej dan poli. Yang kecil lelaki bari Tingkatan 2.

Mungkin 'Dato' ini kut.

Super Yoss said...

selamat ulang tahun, semoga panjang umur, tetap berkarya bagi Sang Pencipta! Amin!

jangan klik!!! said...

alhamdulillah