Bagi ibubapa yang mengalami masalah sedemikian mungkin selalu pening kepala. Hendak dipukul, sudah beberapa kali dilakukan tetapi masih tiada berubah. Hendak berlembut takut nanti mereka naik kepala. Jadi mahu tidak mahu ibubapa kena berusaha memohon Allah SWT membantu memberi taufik, hidayah dan memulihkan keadaan. Itulah diantara yang dapat aku kutip keluhan demi keluhan daripada beberapa ibubapa kenalan rapat. Mereka bertanya apa salah mereka. Mereka bertanya apa kekurangan mereka. Ibubapa nampak baik siang malam bersembahyang tetapi anak, masyaAllah macam syaitan.
Bagi sesetengah rakan lain pernah bercakap memberi pandangan. "Hang hantar sahaja mereka tu ke sekolah pondok, habis cerita". "Mungkin mereka hanya menyangka yang sekolah pondok itu pusat memulih akhlak ke ?" bisik aku di dalam hati.
Ada yang memilih menggunakan air paip bukan kerana apa cuma mahu cepat. Air kolah atau air paip asalnya sama.
Alhamdulillah kebanyakanya telah jumpa jalan keluar mereka. Seorang nenek hanya mampu solat hajat untuk cucunya yang sangat nakal yang kematian ibu. Berhari-hari cucunya tidak balik ke rumah dan tidak bersekolah. Bila aku bertanya, beliau menjawab yang cucunya telah mula pulang ke rumah akhir-akhir ini. "Mak Cik buat macamana? " Beliau menjawab, "Nak cari Mak Cik tak larat, Mak Cik cuma mampu solat hajat sahaja". Beliau aku temui masih bertelekong di sebuah kampong berdekatan selepas solat subuh.
Seorang rakan sekerja juga begitu juga masalahnya terubat juga apabila beliau sering solat hajat. Kes ini kes ayah tunggal. Anaknya juga mula berubah. Aneh juga seorang lagi sahabatku hampir setiap waktu bersolat hajat apabila anaknya sudah 4 hari tidak balik ke rumah. Anak ini masih mempunyai ibu dan bapa. Mendapat ide untuk solat tahiyatul masjid sebanyak tujuh masjid dan mengambil air kolah masjid tersebut untuk dimandikan kepada anaknya yang bermasalah itu. Bukan perkara mudah namun dicubanya juga. Aku diberitakan hasilnya sangat positif Alhamdulillah.
Bayangkan anak-anak ini jika tidak bersekolah atau tidak pulang ke rumah. Tentu sekali ibu dan ayah pening kepala dibuatnya.
Mudah-mudahan mereka ini dan kita juga dibantu Allah SWT dalam urusan mengurus keluarga kita ini. Tapi aku masih hairan mengapa tidak ibu dan ayah mereka itu juga dimandikan dengan air kolah tujuh masjid ini.
4 comments:
Dan itulah realiti hidup kita sekarang ni.. tambah2 lagi org yang sibuk berdakwah, tapi anak macam syaitan kenapa tidaknya, kerana itulah kerja setan, kalau orang biasa setan tak susah nak kerjakan tetapi org2 baik dan buat dakwah ni setan kena kerja kuat sikit, itulah lompang yang setan cuba attack.. jagalah anak2 kita dan banyak2 doa utk mereka...
Dimanakah punca semua ini? Ibu bapa atau suasana?
kalau nak bagi power lagi air kolah tu buat macam cerita P.Ramlee sumpah orang minyak.
Masa dia jumpa puteri bunian..
elok,mak bapak dgn anak mauturun dalam kolah (sebelah lewt malam ).
nampak macam kelakar tapi tidak..tak percaya pergi tanya ustaz2
Betul katamu surajagat, namun saya yakin jika kita tolong agama Allah Allah akan tolong kita pada jalan-jalan yang kita tidak sedari.
Sri Mersing rasanya dikau lebih banyak pengalaman. Dalaman atau luaran masing-masing perlu kita jaga dengan sebaik mungkin. Terima kasih kerana sudi bersama.
spy, cadanganmu bagus tetapi kena tunggu malam Khamis baru boleh anak-beranak tu masuk kolah. Anyway thanks.
Post a Comment