Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al Mubarak.


Berbuka puasa secara beramai-ramai besar keberkatannya.

Begitu cepat masa berlalu, alhamdulillah kita diberi peluang bertemu semula dengan bulan Ramadhan bulan keberkatan. Bagi ahli ibadah bulan ini merupakan pesta untuk meraih berbagai ganjaran pahala dan kebaikan. Setiap ibadah sunat ganjaran seperti ibadah wajib dan manakala setiap ibadah wajib diganjari dengan berlipat ganda. Inilah suatu yang sangat rugi jika kita abaikan.

Pertama, jangan sesekali kita lepaskan peluang bersolat sunat tarawikh kerana ianya tiada pada sebelas bulan yang lain. Jika tidak mampu ke surau atau masjid buatlah di rumah. Lapan atau dua puluh rakaat janganlah dipertikaikan, kerjakanlah mengikut kefahaman dan kemampuan masing-masing. Bertanya kepada yang lebih arif jika kita masih ragu-ragu mengenainya.

Kedua, cuba sedaya upaya untuk bersahur kerana di situ ada keberkatan dan ini juga merupakan ibadah yang diberikan pahala. Jika terlalu mengantuk minum segelas air atau sebiji buah kurma. 'Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur menyebabkan berkah.' Hadis riwayat : Mutafaq'alaih.
Solat berjamaah cuba dilaksanakan pada setiap waktu.

Ketiga, mari kita banyakkan membaca, menghayati Al Quran, bersedekah dan melalukan amal-amal kebaikan. Mulakan dengan membantu keluarga terdekat kemudian jiran tetangga, masyarakat setempat dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Di sekeliling kita berbagai borang-borang sumbangan yang boleh kita manfaatkan.

Sumbangan kepada yang memerlukan menceriakan lagi suasana di bulan berkat ini.

Keempat, carilah dan beribadahlah pada Lailatur Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan kerana ganjarannya merupai seribu bulan. Seribu bulan hitungannya lebih 83 tahun. Mungkin kita tidak mampu beribadah selama hitungan ini. Begitulah seterusnya, banyak ibadah-ibadah yang boleh dikerjakan di bulan Ramadhan ini. Ramadahan diawalnya keberkatan, dipertengahannya keampunan dan diakhirnya kebebasan dari api neraka.

Ampun dan maaf jika ada kekurangan dan kesalahan selama kita bersama. Semoga kita dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk melaksanakan ibadah-ibadah ini. Ramadhan Al Mubarak.

3 comments:

Omaq oTai said...

Insya-Allah, bagi sudut kami satu usrah, usrah akan diteruskan setiap minggu di bulan Ramadhan ini. Dimulai dgn iftar bersama, Tadarus, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih.
Moga ia menjadi momentum untuk diteruskan bersama~

Insan Marhaen said...

salam Ramadhan. Muga di berkati Allah usaha kita semua.

Hj Atan said...

Tahun lepas terasa baru sahaja ramadhan berlalu pergi..alhamdulilah..Allah panjangkan usia kita bertemu dgn ramadhan kali ini..

Tahun lepas semasa aku mengimani solat zohor terakhir di bulan ramadhan hati aku terasa sangat sayu akan permegian bulan ramadhan..tak pernah aku terasa begitu sayu..terasa seorang kekasih terpaksa melepaskan kekasihnya pergi...

Air mataku jatuh berjujuran..doa yg ku panjatkan kpd Rabbul Jalil untuk dikongsikan bersama jamaah tidak dapat dikongsi lagi...lantas jamaah meninggalkan aku keseorangan.Mereka membiarkan aku bermunajat kpd Allah bersendirian..itu yg ku mahu sebenarnya..lazat dalam lautan berbicara dgn Allah yg maha mendengar.

tahun ini bagaimana ya?...doaku agar kelazatan itu berulang lagi..