Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, August 26, 2010

Kekuatan dan jarak halatuju ku tidak sekufu lagi.


Nana, anak angkat adikku, keluargaku mengasuhnya sejak umurnya 3 tahun hingga 9 tahun. Tetapi kini ibu kandungnya telah mendapat perintah mahkamah dan mengambilnya kembali. Terlalu pilu hatiku ketika melepaskannya. Menangis meronta-ronta. Semoga Allah menlindunginya.

Kau terlalu mentah untuk mengetahui hakikat hidup ini. Sedari kecil lagi kau kami lindungi dengan jagaan yang baik. Segala kemahuanmu tiadalah yang tidak kami sempurnakan. Cuma cepat dengan lambatnya sahaja. Ke hulu dan ke hilir kau didukong, digendong kerana kita tidak punya bibik untuk ditinggalkan. Namun aku puas kerana kau membesar di hadapan mataku.

Hari-hari berlalu begitu pantas sekali. Kini kau merasa agak dewasa dan minta diberi kebebasan hidup. Ingin ke mana tidak perlu disoal. Minta maaf sajalah, kerana di dalam istilah hidupku mana ada kebebasan hidup. Jika bebas akan terbabas. Sedangkan jalan raya ada garisan dan ada pemisah jalan. Malah di lokasi bahaya ada penghadang, takut ada yang terlajak dan jatuh ke dalam gaung. Maut jawabnya.
Nah fakir-fikirkanlah sendiri, hidup berpegangkan agama, ada undang-undang dan ada peraturan dunia yang perlu dipatuhi. Di tempat kerja ada peraturan yang mesti diikuti maka di rumah pun ada peraturannya juga. Tidak boleh keluar dan masuk sesuka hati. Aku dan ibumu berkongsi dan bersusah payah membeli rumah ini dan bukan senang kami berusaha memperolehinya. Selepas ini gasaklah siapa yang akan mewarisi rumah ini kerana yang pasti aku dan ibumu akan ada rumah sendiri nun jauh di sudut taman ini. “Tanah Perkuburan Orang Islam” itulah nama taman yang akan kelian tempat kami berdua kelak. Siapa dulu dan siapa kemudian belum tentu. Itu ketentuan Ilahi.
Anak dan anak saudaraku di kampong semasa Aidil Fitri tahun sudah. Merekalah yang akan mewarisi keceriaan hidup ini insyaAllah.

Insaflah dikau, di bulan Ramadhan yang mulia ini banyakkanlah meminta ampun, kepada Tuhan sudah pasti, kepada kedua ibu-bapamu dan kepada semua insan yang pernah kau sakiti. Hidup tidaklah lama yang pasti di akhirat itu berkekalan. Tiada daya dan upaya aku untuk melarang kamu membuat sesuatu. Hendak dimarah sudah jemu dan jelak kau dengar. Hendak dipikul cuma belum patah dan buta aku kerjakan.

Seorang ibu akan melaksanakan apa saja untuk menyelamatkan anak-anaknya.

Aku menginsafi diriku sendiri. Bulan Ramadhan Al Mubarak ini banyak ku cuba habiskan masa ini dengan bertawarikh di masjid. Cuma beberapa hari sahaja aku tidak ke sana kerana tugas dan semasa aku demam dan tidak upaya bergerak banyak.

Ramadhan tinggal beberapa hari lagi. Jangan kau sia-siakan dan lepaskan peluang ini. Istighfarlah dan balik ke pangkal jalan. Jangan kau ingat aku selalu akan bersama mu memimpin tanganmu di setiap persimpangan apabila kau perlu arah. Tidak, kerana aku pun belum tentu mampu sekarang. Kekuatan dan jarak halatuju ku tidak sekufu lagi. Aku tidak sekuat dahulu sedangkan tugas-tugas ini rasanya banyak yang belum beres.

Ya Allah di bulan yang barakah ini aku pohonkan selamatkanlah aku, isteriku, anak-anakku, keluarga dan sahabat-sahabatku dari api Neraka.

Ya Allah ampunlah aku. Aku telah mencuba Kau yang memperkenankannya.

3 comments:

Insan Marhaen said...

Hmm... yang paling utama jangan berputus asa mendidik dan mendoakan mereka. Mereka umpama sibuta. Kita umpama tongkat mereka.

Mau tidak mau, amanah untuk menjaga mereka terpikul dibanhu kita sehinggalah mereka atau kita menghembus nafa sterakhir.

Ibarat daging lama; direbus dicicah dimakan jua.

hrusli61 said...

IM betul kata-kata kau. Tetapi yang aku amat risau tongkat itu tidak mampu bertahan lama. Ianya kian reput dan akan lupus satu masa.

Sibuta itu harus peka dengan suasana hidup ini dan membiasakan dirinya.

Semoga dikau dan aku diberkatai.

maiyah said...

salam.. sudi kiranya terima kad raya dr saya.. makasih