Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, October 28, 2010

GERIMIS SEMALAM


Tertulis satu ketika dahulu
Terbayang keindahan mu
Mungkinkah hidup selalu begitu
Dibuai bayu nyaman syahdu






Semenjak kecil sudah terkedu
Merasai bernaung awan kelabu
Sendirian walau punya ayah ibu
Menungkah pengalaman baru







Bila saat mula disatu
Sentiasa wangi tak perlu dihidu
Terawang tinggi langit biru
Maklumlah pengantin baru







Beranak pinak letih selalu
Membesar mereka cepat berlalu
Rezeki mereka rezeki aku
Kadang kaku kadang buntu



Kini laksana muda dahulu
Berduaan di hujung minggu
Bagai irama tanpa lagu
Terpaksa bergerak walaupun lesu






Pada mu temanku jangan jemu
Kita teruskan walaupun pilu
Jangan bersedih siapa pergi dulu
RahmatNya menanti setiap penjuru

3 comments:

Omaq oTai said...

Pakai baju kancingnya suasa,
Ingin melaram fesyen terkini,
Tiap insan pasti merasa,
Susah payah kehidupan ini.

Sungguh enak nasi berkerak,
Lagi enak dimakan hanya,
Kita bersama terus bergerak,
Moga tiap urusan di bawah naungan-Nya.

Insya-Allah, OO sntiasa mndoakan JH..

Insan Marhaen said...

kemana menghilang aduhai lagu,
pasti melayang di angin menderu,
biar mengesut bertungkat siku,
tetap kupikul amah di abhu...

hrusli61 said...

Rasa gumbira di pagi raya
Makan ketupat sebelum solat
Aduhai Omaq thanks dari saya
Inilah kemanisan bila bersahabat

Tidak kemana aduhai lagu
Cuma siaran tersasar sedikit
Patah siku ku tongkat dagu
Terus mengesot walaupun sakit