Ke manakah arah perjalananku ini? Setelah mendong yang menyelubungi langitku tempoh hari beransur berarak pergi. Ditiup bayu pagi. Tiupan bayu yang ku cari selama ini telah ku temui. Walaupun perlahan tetapi jadilah sebagai secebis pengharapan. Empat puluh empat hari dan empat puluh malam akan menjadi penentuan. Ianya adalah menjadi satu jangkamasa menguji fizikal dan spiritual. Jika kami berjaya akan terbuka satu era baru dalam penghidupan. Tetapi ianya bukan lagi penghujung malah ianya hanyalah akan menjadi satu permulaan. Doa kalian menyemarakan semangat dan kekuatanku ini. Terasa benar aku tidak keseorangan.
Setelah itu, dua puluh empat bulan menjadi satu taruhan. Ujian tahap kedua berkemungkinan agak ringan dan tidak berat tetapi jangkamasanya terasa amat lama. Seolah-olah ibarat memegang batu kecil dalam tangan yang diluruskan lama. Batu itu tidak akan berubah beratnya tetapi tangan ini akan bertambah lenguh walaupun dibiarkan . Jika dihitung ianya adalah selama tujuh ratus dua puluh hari pula. Namun mungkin ini pilihan yang terbaik. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita yang belum atau tidak ketahui disebaliknya. Ini kerap diungkapkan oleh kita semua. Ungkapan yang mudah dipertuturkan tetapi hanya bahu-bahu yang terlibat tahu akan beratnya bebanan hidup ini. Jika umur si budak itu lima belas tahun maka dengan peralihan jangkamasa tujuh ratus dua puluh hari ini beliau akan membesar menjadi tujuh belas tahun. Umur seorang remaja yang bersekolah di tingkatan lima. Itu sukatan kita, tetapi lain sukatan Allah SWT. Mungkin esok atau lusa ada yang dijemputNya dahulu.
Anak-anak ini bukan sepanjang masa oleh kita kepek ke sana ke sini. Ada masanya harus dilepas pergi demi kebaikan mereka jua.
Itu perjalanan budak yang lima belas tahun. Bagaimana dengan aku yang hampir sangat mencecah lima puluh tahun umur ini? Di rumah bertambah sunyi. Seorang demi seorang anak-anak ini terpaksa dilepas pergi dengan harapan dan tugasan menyambung amanah hidup. Aku sendiri dahulu terpisah dengan keluargaku hampir tiga tahun berkelana di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak. Mengambil Kursus Jangkawas Perusahaan dan Kawalan. Tiada siapa yang menziarahi, betul aku bukan melawak. Cuma hari pertama iaitu hari pendaftaran aku dihantar oleh ayah dengan mosikalnya C70 dan bermalam di rumah saudara kami di Changkat Larang. Kedua, hari konvokesyenku, ayahku seorang sahaja datang dengan C70nya juga. Itu kesah lama tetapi tetap menjadi pertanyaan tanpa aku sedari sehingga kini.
Air mata ini terasa bagai paip yang kebocuran. Ianya akan mudah tiris sewaktu makan malam dan sewaktu solat berjemaah dengan isterikudi waktu Maghrib dan juga Subuh. Apa ingatkan seorang guru silat itu tidak punya air mata. Namun hakikatnya guru silat itu juga seorang yang punyai perasaan yang halus. Semoga aku akan sibuk dengan tugas-tugas jamaah yang tidak seberapa ini.
Bukan untuk melupakan kenangan silam atau keadaan semasa tetapi untuk pemangkin untuk teruskan penghidupan ini.
7 comments:
gitulah kitaran dan putaran hidup. dulu emak dan abah kini giliran kita. dulu ramai kini tinggal berdua.
apa-apa pun sabar dan tabah adalah obor paling berharga!
semuga amal jariah JH sebelum ini menjadi teman dikala tua...
Assalamualaikum warahmatullah,
Ya Akh!
Singgah bertanya khabar...
Teruskan usaha Saudara...semoga Allah menerima segala amal kita...Amin
Jzk kerana sudi bersama.IM dan Kak Umi saya hargai komen dan doa kalian.
Semoga kalian pun dirahmati Allah dan sihat sejahtera hendaknya.
dah lame tak comment, blh saye comment skit!!!
heeem....
biarkan ia pergi utk menghadapi yg lebih baik pada mase akan dtg...
kalu uncle keberataan nak lepaskan ia pergi, mcm mane pulak dgn saye... yg terpakse biarkan ia pergi dgn aman damai utk selame2 nyer...
susah utk terime ini sume, tp nie suratan yg pernah tertulis pd 1 mase dulu...
uncle x ppt sedih dgn ktidak hdiran die.. kerna 1 mase lg, die pasti akan bersame uncle sekeluarga dgn keadaan yg lebih sempurna... insyaallah...
doa kan saye tabah utk time dugaan yg saye time atas kehilangan die...
Fiza uncle ucap takziah di atas pemergian ayahanda tercinta. Jangan lupa doakan arwah dalam setiap kali silat mu.
Jika Fiza ada peluang datang juga ziarah uncle.
Mudahan kita tabah dan sabar menghadapi hidup ini
insyaalah...
Post a Comment