Ada yang masih memerlukan kehangatan pelukan kasih dari ibu dan ayah mengapa kita tidak mampu berikannya? Adakah suasana persekitaran atau sememangnya kesilapan ibu dan ayahnya?
Selagi mana ada nafas ini, selagi itu mesti terus berperanan. Mengapa tidak, kerana jika tidak diperbuat tentu akan terbengkalai tugas-tugas ini. Dahulu semasa aku memegang jawatan Setiausaha Negeri JIM Pulau Pinang terasa amat sibuk sekali jika tiba mesyuarat agong tahunan MPN, singkatan Mesyuarat Perwakilan Negeri. Tentu orang bercakap, "Biasalah sebagai SU, memang kerja dia, kerja kita datang mesyuarat ini pun kira amat baik jika dibandingkan dengan mereka yang tidak datang". Tetapi selepas mesyuarat tersebut biasanya akan lagi sibuk kerana perlu menyediakan laporan pula dalam jangkamasa tertentu. Jadi tidak habis-habis dengan kesibukan. Tetapi sekarang bila sudah dilantik menjadi Yang Dipertua mengapa masih sibuk juga?
Tetapi ramai yang tidak ketahui kekadang nafas ini tersemput-semput dengan kerana beberapa ujian yang Allah SWT kurniakan serentak. Namun kerja-kerja mesti diteruskan lagi walaupun 'senyuman dalam tangisan'. Mungkin ada yang mengerti dan mungkin ramai yang tidak. Di sinilah letaknya erti persahabatan. Bagi yang perhatian mereka akan bertanya dan akan cuba membantu sedaya upaya. Bukan sekadar menasihati sahaja tetapi lebih dari itu. Melihat raup wajah sudah mampu membaca penderitaan sahabatnya itu. Ada juga yang berpendapat, "Jika dia tidak mahu cerita buat apa kita tanya". Kadang-kadang betul juga tetapi kadang-kadang mungkin dia tidak mampu hendak mulakan ceritanya itu. Terpulanglah siapa yang mahu mula dahulu, tetapi aku rasakan siapa yang mula bertanya atau menunggu untuk ditanya tentu ada alasan-alasan mereka masing-masing.
Lain pula halnya di Palestina sana. Mereka perlukan lebih dari pelukan ayah ibu. Kehidupan mesti mereka teruskan walaupun tanpa orang-orang tersayang.Tetapi ramai yang tidak ketahui kekadang nafas ini tersemput-semput dengan kerana beberapa ujian yang Allah SWT kurniakan serentak. Namun kerja-kerja mesti diteruskan lagi walaupun 'senyuman dalam tangisan'. Mungkin ada yang mengerti dan mungkin ramai yang tidak. Di sinilah letaknya erti persahabatan. Bagi yang perhatian mereka akan bertanya dan akan cuba membantu sedaya upaya. Bukan sekadar menasihati sahaja tetapi lebih dari itu. Melihat raup wajah sudah mampu membaca penderitaan sahabatnya itu. Ada juga yang berpendapat, "Jika dia tidak mahu cerita buat apa kita tanya". Kadang-kadang betul juga tetapi kadang-kadang mungkin dia tidak mampu hendak mulakan ceritanya itu. Terpulanglah siapa yang mahu mula dahulu, tetapi aku rasakan siapa yang mula bertanya atau menunggu untuk ditanya tentu ada alasan-alasan mereka masing-masing.
Betul kata-kata beberapa orang sahabat rapat, bahawa jika ada ujian kita akan selalu ingatkan Allah dan biasanya pula bila senang manusia ini sering lupa Allah. Tidak ! Aku tidak mahu menjadi manusia sebegini, aku mahu menjadi manusia yang ingatkan Allah semasa susah dan senang. Ujian Allah akan datang dan pergi cuma mereka yang dikurniakan hidayah akan menerima butiran mutiara iman yang jika terkumpul akan memberi cahaya kehidupan.
Pernah suatu ketika aku berkata, jika aku boleh berlari aku akan berlari. Jika aku mampu berjalan aku akan berjalan dan jika aku cuma ada satu sahaja kaki ini aku akan terus berjalan mengikut kadarnya. Walaupun perlu bertongkat dan kadar kelajuannya amat perlahan. Jangan selalu ketawa kerana sesekali menangis itu akan menyucikan hati dan jiwa ini. Jangan pula selalu menangis kerana ianya akan membutakan mata kamu, itu kata-kata Kassim Selamat dalam Ibu MertuaKu.
Senyumannya tidak manis mungkin terbentuk dari nalurinya yang berbagai emosi. Namun kehidupan ini mesti diharungi dengan semua kekuatan yang bersisa. Sahabat-sahabatlah yang menjadi pemangkin untuk terus dalam landasan ini.
Fahamilah wahai sahabat, disamping aku perlu tapak tanganmu dicantumkan mengangkat doa untuk kita aku juga perlukan lengan-tangan-tangan kalian untuk memeluk ku semasa aku sangat memerlukannya.
4 comments:
IM suka dengar lagu PELITA HIDUP/hijjaz...
dan bebaru ini pula lagu INSYALLAH/maher zain
JH pula teruja dengan nasyid lagu Cahaya Kehidupan nyanyian Hijaz sungguh menyentuh qalbu.
Jzk kepada IM kerana menjadi blogger sedia memberi momen.
Tapi WN tetap dengan lagu ku pohon HidayahMU
Semoga kita tidak seperti lirik dari nasyid Islam Warisan nyanyian Al Muhajjir Sg Ara.
Kedewasaan insan yang leka.
Umur meningkat dikerja masa.
Mengapa difikir hanya dunia.
Tidakkah terbanyang api yang menjulang.
Post a Comment