Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, December 25, 2010

Ubat kena makan ubat.


Ubat hai ubat aku cuba beriktiar dan Allah sahaja yang mengizinkan kesembuhan.

Hari Khamis baru-baru ini aku terpaksa pergi kerja walaupun rasa kuarang sihat dan suara pun kampir hilang. Aku perlu hadir untuk satu kelas elektronik untuk dua orang juruteknik baru. Balik kerja terus ke kelinik di Permatang Pauh.

“Yang encik Rusli ini demam, suhu badan agak tinggi”. Ujar Pn doctor. “Dr boleh bagi ubat untuk lutut kiri saya masih terasa sakit walaupun sudah dua minggu panjat Bukit Bendera, pil glucosamine” Pintaku. Aku baru dengar health talk pasal sakit lutut di kilang dan doctor syorkan untuk ambil pil ini. “Boleh tetapi saya kena periksa berapa limit encik Rusli”. Jawab Pn doktor.

Sekarang dua hari suara aku masih belum pulih lagi tetapi itu tidaklah membimbangkan Alhamdulillah suhu badan aku sudah kembali normal. Tetapi yang lebih terkesan hari ini kereta meragam kena RM1400 brek dan penghawa dingin rosak serentak. Eloklah tuu tuan dan kereta sakit sekali.

Makan buah-buah bagus untuk kesihatan apatah lagi bagi kami yang telah separuh abad ini.

Pernah aku teringat sebuah hadis Nabi yang lebih-kurang maksudnya, “Yang akan membahagiakan seseorang itu ada tiga, iaitu isteri yang solehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik.”

Esok hari Ahad rasanya ku nak ke Mengkuang Dam. Jom IM bawa ibu-suri sama !

4 comments:

Unknown said...

SALAM,
SEMOGA SIHAT2 KEMBALI. APAPUN, KITA NI BERSYUKUR. KESIHATAN KITA NI MASIH OK KALAU DIBANDINGKAN DENGAN SESETENGAH ORANG YANG LEBIH TERUK DRPD KITA. TERBARING DI ATAS KATIL, BERGERAK PAKAI KERUSI RODA, DAN MACAM2 LAGI.

hentian said...

he..he.. awat keloi lambat sangat. IM pun rindu kat Mengkuang Dam..

Ariff Budiman said...

Salam
Semoga cikgu beransur sembuh. Memang dalm usia begini lutut perlu disantuni dengan baik.Dugaan ya cikgu. tuan dan kereta sekali sakit.

hrusli61 said...

Dato' LF; jzkk diatas peringatan.

IM; Jangan lupa Ahad depan pula.

Jiman; Ini betul-betull nie bukan cobaan.