Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, January 12, 2011

Esok Masih Ada?

Muhammad Sobri tertidur mungkin keletihan atau boring semasa menemani aku bermesyuarat di KL. Aku dan isteriku sering membawa beliau bersama bila khuatiar beliau tinggal keseorangan di rumah.

Petang tadi aku menghatar sms kepada IM yang berbunyi, "Tiada teman minum petang le hari ini". Beliau menjawab, "Esok masih ada". Hari ini aku terasa boring kerana time makan tiada IM yang biasanya teman aku berborak-borak sambil tertanya khabar masing-masing. Hari ini beliau ke RSK anak syarikat kilang kami di Kulim. Hari Khamis ini 13 Januari 2011 giliran aku pula ke sana dengan misi mengajar kepada pekerja di sana mengenai 'kesilapan manusia'.

Ini rumah sementaraku dan bersama kesemua keluarga di sebelah isteriku Ida semasa Hari Raya beberapa tahun lalu.

Cuma aku merasa teramat risau bila membaca balasan sms IM kerana aku khuatiar jika esok tiada bagi aku. Bagaimana halnya keluargaku? Anak dan isteriku? Emak dan adikku di kampong? Lebih-lebih lagi anak bungsuku Muhammad Sobri tentu akan lebih terkesan. Rasa belum puas aku bersamanya. Tidak lupa juga anak-anakku yang lain. Mungkin mereka sudah cukup matang untuk berdikari. Tetapi aku masih risau.

Belum puas bersama anak-anak, bagaimanakah jika Allah memanggil aku kembali?

Aku cuma ada sebuah rumah dan kereta yang akan ditinggalkan. Alhamdulillahtelah beres bayaran ansuran pinjamannya. Cuma tinggal satu sahaja hutang pinjaman peribadi semasa mengubah suai rumah dan membayar balik kesemua ansuran kereta. Tetapi jangan risau anak-anakku jika abah meninggal syarikat insuran akan bayar balik pinjaman tersebut. Itulah yang aku faham semasa membuat pinjaman tersebut.

Mungkin tiada wasiat khusus dariku, pandai-pandailah kamu semua mengurusnya setelah kamu urus jenazah abah nanti. Pesan aku kepada kalian, pelihara ibadah kamu, jaga akhlak, aurat dan pergaulan dan teruskan bersama jamaah khususnya IKRAM.

Semoga Allah SWT memberi keampunanNya dan mengizinkan kita menumpang di JannahNya.

5 comments:

hentian said...

hu..hu.. jika esok tiada lagi di disisiiku, aku risau nasib aku yang akan menghadapNya...

NESOHU said...

Cikgu won't die so fast la. Btw, were u in RSK? I was there for a week plus but never saw u there. Today no need go dy, relek

Maiyah said...

sy slalu fikir camni.. terutama krn anak2 le tp insyaAllah sy percaya Allah akan melindungi anak2ku

hrusli61 said...

Salam alaik & very good morning.
IM risau yang ditinggalkan dan risau yamh meninggal. Sama-sama kita tingkatkan amal.

Mr Neoh, thanks for joining. We never know when this happened but we must alway think about it. Prophet Muhammad (peace be upon him)said, "Smart human being is the one who alway think about death".

Pn Maiyah, jzkk moga Allah melindungi semua termasuk Mr Neoh kita.

Unknown said...

sangkan bayi yang baru lahir ada yang meninggal, tambahan kita ni..Jika kita saling mengingati, IA ingatan itu sntiasa ada..
Sehelai demi sehelai daun gugur, begitu juga manusia..Hari2 ada saja kes kematian..

Ya Allah, sesungguhnya amalan sedia ada belum cukup untuk menampung pengalaman silam...