Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, January 2, 2011

Mengeluh harga barangan naik tak selesai masalah

Ole-ole untuk pengundi sarat penuh dalam sebuah MPV untuk diberi semasa musim pelihanraya baru-baru ini.

Adakah harga barangan naik ini satu phenomena yang mesti bagi menstabil ekonomi? Ataupun ianya satu jalan pintas untuk menstabilkan kedudukan beberapa kumpulan individu yang mempunyai pengaruh?

Mari kita cuba ungkaikan perkara ini. Jika benar terpaksa naikkan harga untuk kestabilan ekonomi kita harus melihat 'input dan output'. Thoeri manusia dapat dilihat seimbang jika kedua-dua ini kemasukan gaji (pendapat) dan keluarannya (perbelanjaan) seimbangan. Gaji RM2000 berbelanja RM2000. Ini kira baik sahaja.Tetapi tersangat bahaya harus berhati-hati. Tiada 'back up system'

MARFEL pemantau bebas pilihanraya. Mengapa perlu pemantau jika sistem pilihanraya kita yang terbaik?

Jika gaji RM2000, berbelanja RM1700 dan baki RM300 disimpan maka itu bijak dan berjimat namanya. Ini mungkin hasil perancangan untuk berjimat dan ikat perut ketika perlu. Tidak perlu bermewah-mewah selalu dan hidup penuh kesederhanaan.

Manakala jika Gaji RM2000 dan berbelanja RM3500 maka sudah tentu itu berbelanja tersangat lebih atau mungkin ke tahap boros.Hasilnya akan mengundang berbagai masalah kepada keluarga dan mungkin masyarakat.
Tinjauan pihak MARFEL ke kawasan pilihanraya. Mereka ini sukarela dan tiada digajikan atau di beri elaun-elaun.
Ini perkara yang di atas dapat kita kawal mengikut kapasiti diri sendiri. Namun seperkara lagi, bagi mereka yang mengawal dan mempunyai kuasa penentu, sudah tentu harus punyai fikiran yang sama. Merancang dengan teliti impaknya kepada orang ramai. Jika dinaikan harga barangan dan gaji pendapatan masih di tahap lama maka akan berlaku satu kekurangan. Ini sudah pasti mengundang masalah juga. Keseimbangan tadi telah diubah disatu sudut sahaja tanpa diimbangan sebelah yang lain.

Maka jika kita menjadi pisau untuk mengiris timun. Kita berhak untuk membuat corak hirisan kita itu. Tetapi berwaspada jika kita jadi mentimun dan hendak berlawan dengan durian perlu ada penyatuan tenaga dan kesempatan yang bijak dalam bentuk kolektif. Ini kita maklumi dalam sistem demokrasi. Jangan abaikan peluang dan hak untuk memilih durian yang baik dan dapat memenafaatkan semua pihak.

2 comments:

Unknown said...

Perkara sebegini sering dikeluh-kesah oleh golongan ke-3 yg JH coretkan. Gaji RM2k, berbelanja rm3.5k..bukn boros tp keperluan+komitmen memainkan peranan.
Harga barang naik? sudah menjadi isu sejak zaman-berzaman selagi syariah belum dapat dikekalkan sebagai yang utama.

Maiyah said...

gerenti akan melambung naik.. nk jdkan mesia negara berpendapatan tinggi katakan.. suma jd tinggi le nnti.. zaman semakin berubah