Dari pandangan mata mungkin ada yang perasan keadaan yang aku alami ini. Ust Rozee telah bertanya, "Anta tak sihat ke Li?" Aku jawab spontan, "Ok sihat alhamdulillah". seolah-olah aku cuba menyembunyi sesuatu. Itulah firasat hati seorang sahabat sekilas pandangan telah dapat mengagak sesuatu yang berbeza. Namun aku sendiri pun sememangnya merasa serba tidak kena, kerana sesekali rasa sakit di bahagian kiri pinggang ini. Telah beberapa kali ke kelinik dan ambil ubat, kata doktor ianya cuma urat yang membengkak. Mungkin tersalah makan, makanan yang berangin seperti taugeh atau kacang panjang dan mungkin juga banyak minum minuman berais. Hari Sabtu tanggal 4 Jun 2011 yang lalu, ramai rakan-rakan yang bersama membantu perpindahan Pejabat IKRAM Pulau Pinang dari Samagagah ke Seberang Jaya. Aku cuba menyertainya membuat apa yang terdaya walaupun pinggang ini beberapa kali sakit dan ada kalanya tidak boleh berjalan. Aku cuma berhenti dan berdiri diam sahaja.
Hari Ahad 5 Jun 2011 pula aku bersama Hj Atan dan Ustaz Sazali telah ke Nur Lembah Lenggong meninjau tapak mukhayam yang bakal dilalui oleh ahli-ahli teras IKRAM Zon Utara. Tempatnya memang bagus dan sesuai untuk aktiviti lasak tetapi aku agak risau juga samada diri aku ini masih boleh mengikutinya nanti. Tugas yang bakal aku pikul nanti agak berat juga sebagai Kem Komanden. Namun aku pasrah dan aku mampu melaksanakan tugas ini.
Pagi Isnin aku menelefon Hajjah Siti Fadzilah Bt Meor Abdul Rahman, "Umi, duit transport Umi sejumlah RM300 telah Cikgu Kasturi masukkan dan Cikgu Majid telah tempah penginapan Umi di SP Inn". Belum apa-apa Umi bertanya, "Cikgu Rusli ni tak sihat ke, suara pun dengar lain". Itu naluri seorang yang arif tentang pengalaman kehidupan. Anankanda kepada Mahaguru Silat Seni Gayong Allahyarham Dato'Meor Abdul Rahman, beliau agak rapat dengan aku dan pernah menginap di rumahku satu ketika beberapa tahun yang lalu. Beliau begitu beria-ia benar ingin menghadiri walimahtul urus cucunda Dato Abdul Majid Mat Isa di Gurun Kedah pada hari Selasa 6 jun 2011 ini.
Itulah diantara firasat yang tepat yang mendorong mata hati membuat telahan. Dengan air muka, dengan nada suara seseorang insan mampu membuat penilaian yang tepat. Kepekaan dua insan tadi mengharukan diriku ini. Ada juga insan yang sensitif dengan meneliti akan kesihatanku ini. Tetapi hidup ini selain unsur fizikal ada dua lagi unsur yang memberi kesan kepada diri kita ini. Satu, unsur mental atau minda, seperti tekanan kehidupan, kerjaya, keluarga, wang ringgit, amanah serta tanggung-jawab dan lain-lainnya tetap menjadi penyebab untuk memberi kebahagiaan hidup. Satu lagi ialah unsur rohani kita, hubungan dengan Allah, ibadat dan segala yang melibatkan peningkatan iman dan amal. Unsur ini jangan sesekali kita abaikan kerana ianyalah yang akan kita bawa ke alam yang kekal nanti. Rohani atau spritual merupakan aspek yang amat penting yang ramai kita lupa dan alpa.
Jadi rumusannya disamping aku kena jaga kesihatan, kenalah juga memberi perhatian kepada minda agar sentiasa terkawal dan yang lebih penting amalan kerohanian yang berterusan dan bertambah untuk melengkapkan bekalan ke akhirat nanti.

7 comments:
Salam cikgu
Buatlah ujian darah disamping jaga pemakanan kita. Semoga Allah berikan kekuatan kepada cikgu untuk terus memikul sebagai kem komandan
Ya le Jiman saya ini cukup malas buat check up.
Kita kita dikurniakan kesihatan yang baik baik semasa meniti umur tua ini.
salam apa juga urusan kekuatan minda, lapang dada dan tawakkal amat penting.
Tambah satu lagi iaitu berusaha baru cantik Bu.
SALAM,
SANGAT SETUJU DENGAN PERENGGAN TERAKHIR ! APAPUN, JANGAN LUPA ALLAH
Terima kasih Dato' semoga dirahmati selalu.
Cetusan semangat untuk bersama terus menulis.
Salam Cikgu Rosli...gembira jumpa di sini...t
Post a Comment