Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, September 4, 2011

ILMU AMAL DAN AMAL

ILMU AMAL DAN AMAL

Ilmu …
Di dalam arena medan perjuangan,.

Penuh onak, renau dan duri.

Duri-duri jalanan yang bisa lagi berpanjangan.

Hanya Almu, kefahaman dan ketabahan hati.

Menjadi pedoman pendiding diri.

Tanpa Ilmu Marusia buta.

Buta dalam pertimbangan dan penilaian.

Pertimbangan yang haq dengan bathil.

Penilaian Islamiah dengan Jahiliah.

Dua ciri yang bertentangan dan berlawanan.

Yang tidak mungkin berkompromi sekata.

Yang tidak akan sehaluan dalam perlayaran.

Yang pasti akan bertembung di medan perjuangan.


Iman …

Lafaznya di lidah.

Tasdiqnya di hati sanubari.

Melaksananya dengan perbuatan.

Suatu perisai yang amat kukuh.

Mempertahankan, membela dan menentang.

Mempertahankan yang haq.

Membela yang lemah

Menentang kefitnahan dan kekufuran.

Agar muka bumi ini bebas dan merdeka.

Merdeka dala marti kata yang sebenarnya.

Tiada Ilah melainkan Allah.

Nabi Muhammad utusan Allah.



Amal …

Suatu yang diredhai.

Niat perlaksanaannya jelas suci murni.

Walaupun sedikit tetap berterusan.

Bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji


Tetapi …

Membentuk memperbaiki diri.

Membina, mentarbiah baitul muslimin.

Membimbing masyarakat, watan, negara dan kesatuannya.

Hinggalah ke puncak alamiah.

Itulah tujuan dan itulah matlamat.

Nahnu duat la khudat

Kami pendakwah bukan penghukum.


Nukilan : A.MOSAINI PG

2 comments:

insan_marhaen said...

Betul tu... Kita pendamai bukan pembuat huru hara. Kita mencari cinta bukannya menerbit benci.

hrusli61 said...

Wow falsafah yang tinggi pengertiannya.

Sesungguhnya seseorang itu tidak akan berkhayal jika ianya sudah mengetahui.