Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, February 26, 2016

Nana Oh Nana


Kemarin 25 Februari aku terlihat dalam Whatsapp Keluarga ada menyebut , “Hari ini hari jadi Nana”. Emosi aku terganggu sungguh seketika. Mana tidaknya Nana merupakan anak angkat adikku Seliha yang aku sendiri terlibat mengasuhnya beberapa tahun yang  lalu. Dia amat rapat denganku pada hari-hari dia ditinggalkan di rumah aku semasa adikku bekerja. Saudara sekelian boleh rujuk di dalam posting-posting aku yang dahulu cerita mengenai Nana ini.

Nana telah diberi amaran oleh bapa angkatnya supaya tidak bertindak liar dan berperangai baik beberapa kali. Sehingga sekarang dengan tegar Nana telah dihantar balik kepada ayah kandungnya kembali iaitu di Teluk Bahang. Insiden ini berlaku tanpa aku ketahui dan mungkin semasa aku ke Sabah dan ke Kuching tempoh hari semasa Cuti Tahun Baru Cina.

Ini keputusan mereka dan aku terpaksa akur dengan keputusan ini. Tetapi sebagai seorang yang pernah terlibat mengasuh Nana, jauh di dalam lubuk hati aku ini, aku amat terkilan. Jika Nana anak kandung mereka adakah dia akan dibuat sebegini?  Jika anak angkat adikku yang kedua itu, Wafi pula berperangai seperti Nana, adakah meraka, adikku dan suaminya akan menghantar Wafi juga ke ibu kandungnya pula?

Zaman sekarang cabaran mendidik anak-anak ini amat sukarr sekali. Pengaruh negatif banyak dan mereka ini mudah terjebak dengannya. Anak aku Muhammad Sobri sendiri telah empat kali aku usahakan ke pusat-pusat yang aku kira dapat mengubah cari hidupnya. Ke pondok-pondok dan mahaat-mahaat tertentu. Dengan penuh harapan agar Sobri dapat manfaat darinya. Bukan untuk menyekat kebebasannya apatah lagi ini diskriminasi terhadapnya. Namun pernah beberapa kali Sobri menyalahi aku tidak adil kepadanya.

Sobri tidak tahu, tiada ayah yang mahukan anaknya terus-teruskan rosak dirobek arus yang meranap kehidupan ini. Saranan aku untuk kita semua, lebih berhati-hati mendidik anak-anak kita di arus yang tidak menentu ini.


Aku, Sobri dan Nana.

 

4 comments:

Jarum Hitam said...

Assalamulaikum uncle. Bagi saya apa yg uncle buat tu, dah cukup hebat untuk membuktikan yg uncle seorang ayah yg baik. Tak semua ayah dapat memikul tanggungjawab ayah itu sendiri. Melihat anak mata uncle membuatkan saya terasa sayu... Semoga uncle sihat selalu.

insan marhaen said...

Saya pun turut berasa pilu mendengarkannya.

Apapun, saya percaya, yang menanggungnya itu lebih pilu. Tak semudah itu memulangkan semula anak yang telah dipelihara dengan kasih sayang sedari kecil. Kekadang fikir, bukan sangat salah anak.

Apapun, doalah banyak banyak kepada Tuhan. Mungkin ini hanya sebahagiaan dari ujian yang hikmah hanya Allah yang mengetahui.

Bukan mustahil, jika anak itu sudah dewasa dan berakal, dia akan datang kepada kita dan mengucap terima kasih.

myliferia said...

Sememangnya mendidik anak pada zaman sekarang ni agak mencabar, semoga terus diberi kekuatan dan panduan daripada-Nya

Othman Zan said...

Tak dapat disangkal, tugas mendidik zaman ini sangat-sangat mencabar.