Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, February 26, 2016

Nana Oh Nana


Kemarin 25 Februari aku terlihat dalam Whatsapp Keluarga ada menyebut , “Hari ini hari jadi Nana”. Emosi aku terganggu sungguh seketika. Mana tidaknya Nana merupakan anak angkat adikku Seliha yang aku sendiri terlibat mengasuhnya beberapa tahun yang  lalu. Dia amat rapat denganku pada hari-hari dia ditinggalkan di rumah aku semasa adikku bekerja. Saudara sekelian boleh rujuk di dalam posting-posting aku yang dahulu cerita mengenai Nana ini.

Nana telah diberi amaran oleh bapa angkatnya supaya tidak bertindak liar dan berperangai baik beberapa kali. Sehingga sekarang dengan tegar Nana telah dihantar balik kepada ayah kandungnya kembali iaitu di Teluk Bahang. Insiden ini berlaku tanpa aku ketahui dan mungkin semasa aku ke Sabah dan ke Kuching tempoh hari semasa Cuti Tahun Baru Cina.

Ini keputusan mereka dan aku terpaksa akur dengan keputusan ini. Tetapi sebagai seorang yang pernah terlibat mengasuh Nana, jauh di dalam lubuk hati aku ini, aku amat terkilan. Jika Nana anak kandung mereka adakah dia akan dibuat sebegini?  Jika anak angkat adikku yang kedua itu, Wafi pula berperangai seperti Nana, adakah meraka, adikku dan suaminya akan menghantar Wafi juga ke ibu kandungnya pula?

Zaman sekarang cabaran mendidik anak-anak ini amat sukarr sekali. Pengaruh negatif banyak dan mereka ini mudah terjebak dengannya. Anak aku Muhammad Sobri sendiri telah empat kali aku usahakan ke pusat-pusat yang aku kira dapat mengubah cari hidupnya. Ke pondok-pondok dan mahaat-mahaat tertentu. Dengan penuh harapan agar Sobri dapat manfaat darinya. Bukan untuk menyekat kebebasannya apatah lagi ini diskriminasi terhadapnya. Namun pernah beberapa kali Sobri menyalahi aku tidak adil kepadanya.

Sobri tidak tahu, tiada ayah yang mahukan anaknya terus-teruskan rosak dirobek arus yang meranap kehidupan ini. Saranan aku untuk kita semua, lebih berhati-hati mendidik anak-anak kita di arus yang tidak menentu ini.


Aku, Sobri dan Nana.

 

Monday, February 22, 2016

Gelas aku pengan tiba-tiba pecah.


Gelas yang aku angkat untuk ku beri kepada tetamu tiba-tiba terbelah dua. Aku cuma mampu mengangkat  sebahagian dari yang di atas sahaja. Mengalirlah keluar air perisa rut bir membasahi talam pengalas dan sebahagian dari buku silatku dan beberapa keping gambar-gambar lama aktiviti silatku. Bahagian bawah gelas yang pecah  itu tinggal di atas talam pengalasnya. Aku menyuruh isteruku Ida mengambilnya dan buangkan airnya.

Sambil melihat diantara satu sama lain kami kehairanan sebentar. Kebetulan sungguh pada ketika itu aku tengah rancang bercerita kisah-kisah aneh dan luar biasa yang adalah sedikit-sedikit aku alami semasa menjalani aktiviti silatku.  Mereka tetamuku yang bersama pada hari itu adalah 2 pemuda tingkatan enam yang sedang temubual aku tentang dunia persilatan yang aku ceburi untuk kerja tugas persekolahan mereka.

Ada apa-apa penerangan saintifik mengenai perkara yang berlaku aku cuba menelilti dan cuba memahami. Mungkin kebetulan munglin tidak. Aku berpengangan yang pasti ini tentu ada hikmat yang Allah SWT mahu aku mencari pencerahannya dan yang penting segala amalan yang shahih dan perlu diteruskan dan dipertingkatkan.
Semoga Allah SWT melindungi kita daripada sebarang gangguan yang tidak elok. Amiin.