Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, February 21, 2009

Mereka yang bersifat memencil diri.


Tiada organisasii jika tiada pemimpin dan tiada pemimpin jika tiada ahli yang dipimpin. Tidak sempurna menjadi ahli jika tidak memberi taat kepada pemimpin dan tidak sempurna menjadi pemimpin jika mengabaikan tugas di dalam organisasi. Rosaklah organisasi jika pemimpinnya hanya tidur dan tidak melaksanakan tugasnya manakala ahlinya pula suka memencil diri.

Mungkin ada banyak faktor mengapa seseorang itu suka memencil diri dan diantaranya ialah faktor tidak puas hati, sudah tua dan merasa selesa tanpa memikirkan soal organisasi .

Di dalam sesebuah organisasi tentu tidak terlepas daripada perselisilihan faham di antara satu dengan yang lain. Perselisihan ini berpunca dari maklumat yang bertentangan dengan pendapat dan pegangan diri. Kita pun tahu, di dalam Islam berselisihan pendapat itu suatu rahmat kerana kita boleh membuat pilihan yang paling sesuai dengan diri kita. Namun perselisihan ini tidaklah mengakibatkan perpecahan sesuatu organisasi itu. Sifat berlapang dada adalah ramuan yang paling mustajab . Dengan semangat ukhuwah segala masalah boleh diatasi jika betul-betul jujur. Rasanya eloklah bertolak ansur daripada tertegang leher.

Tua bukan bererti boleh pencen. Tua bukan alasan boleh memencil diri. Sudah tua bukan suatu alasan yang baik untuk meninggalkan sesebuah organisasi. Walaupun kita boleh menerima alasan supaya diberi peluang kepada generasi muda namun perjuangan ini terlalu banyak bidang perlu dibereskan. Carilah bidang-bidang yang sesuai dengan kemampuaan dan tenaga tua kita. Tugas tidak mungkin akan selesai jika semua golongan tua itu mengundur diri. Berilah pandangan dan nasihat kepada yang memerlukan. Ambil tahu sudah cukup mengambarkan yang kita tidak terkebelakang.

Mereka yang telah berada di zon selesa tentu tidak mahu bersusah-payah memikirkan soal-soal organisasi. Mereka merasa sudah cukup dengan apa yang ada. Kononnya mereka telah banyak memberi bakti. Lega, mereka boleh ke surau dan masjid. Boleh bersantai bersama keluarga tercinta pada bila-bila masa tanpa kongkongan sesiapa. Balik kerja boleh beristirehat dan membuat jadual mahu ke mana pada malam nanti. Mungkin mereka merasa gembira dengan sikap ini. Tetapi saya yakin tidak semua mereka akan gembira melihat sahabat-sahabat lain bertungkus-lumus merancang, melaksanakan dan bersusah-payah untuk menghidupkan dakwah dan kebajikan yang telah diamanahkan oleh organisasi dan orang ramai.

Tidak ramai yang sudi meneruskan perjuangan dakwah ini. Namun bagi sahabat-sahabat yang istiqamah dengan organisasi, mereka akan terus dengan perjuangan ini hingga akhir hayat. Walaupun ada ketika terpaksa berjalan tempang dengan sebelah kaki. Walhal pada satu ketika dahulu pernah berlari dengan kedua kaki. Kasihan beliau kerana sebelah kakinya sudah ‘memencil diri’.

3 comments:

ARIFF BUDIMAN said...

Salam. Muhasabah yang menginsafkan saya

hrusli61 said...

Jiman bila nak sambung Gayong? Usia senja tidak menghalang untuk kita berlatih. Tambahan jika bertepatan dengan "Pelangi Senja" cantik sungguh.

Ilmu persilatan ini ada yang agreasif mengguna tenaga yang banyak dan ada yang halus menggunakan kaedah yang minima penggunaan tenaga.

Paling baik ialah gabungan tenaga daripada jasmani dan amalan rohani yang shohih.

Macam para "Wali Sogo" giat berdakwah, tinggi ibadah dan dada penuh dengan pertahanan persilatan.

ARIFF BUDIMAN said...

Gayong. Entahlah cikgu. kaki saya pun nak kata elok sangat tu dak la. Mungkin masa yang akan menentukan saya join balik gayong. Tolong doakan