Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, February 22, 2009

Siapa itu cuba teka.

Aksi wajib yang kami pelajari dalan Silat Seni Gayong ialah "harimau mengembur dahan". Ada kalanya sehingga setinggi seorang itu berdiri.

Gambar di atas diambil pada tahun 1991. Selepas kami berjaya melepasi ujian bengkong hijau. Tahap kedua di dalam Silat Seni Gayong. Setelah tamat matapelajaran tangan kosong yang dibawah kelolaan Cikgu Ismail Chik di gelanggang Masjid Al Huda, Sungai Ara, Pulau Pinang.

Mereka bertiga yang bergambar di atas, mereka ini sangat rapat dengan aku. Kami berkongsi fikrah yang sama. Belajar agama pun bersama. Belajar silat pun bersama. Masuk JIM pun bersama. Siapa mereka bertiga ini? Anda boleh jawab dengan klik comment di bawah posting ini.

Aku ketika itu memang minat sekali dengan silat. Kami akan berlatih walaupun kadang-kala guru kami tidak hadir ke gelanggang beberapa bulan. Namun kami ke rumah beliau untuk menambah pelajaran. Kami amat rapat dengan guru. Banyak matapelajaran yang kami timba berserta beberapa petua-petua besilat.

Anda patut juga belajar silat untuk dijadi amalan. Carilah silat yang sesuai dengan kemampuan diri. Tidak semua silat itu agreasif. Tidak semua silat itu amalan yang salah. Tidak semua silat itu menyaleweng.

Sediakan payong sebelum hujan dan jika sudah mempunyai payong periksalah ia selalu. Takut-takut bila hujan lebat dan dibuka payong, payongnya bocor. Itu kan rugi namanya.

4 comments:

ARIFF BUDIMAN said...

Yang depan blogger Insan Marhein . Yang hujung blogger Warna Nostalgia. Yang lompat ialah Habuna

hrusli61 said...

Betui !

Tak acilah Jiman bagi can orang lain cuba dulu !

Tengok insan marhaem buat main segak dan slim. Penah di jolok dengan gelaran "Harimau Berantai". Nasib baik berantai jika tidak tentu akan diterkamnaya kita.

Pernah berlakun menjadi Hang Tuah dan tersalah watak menjadi Hang Jebat di TLDM Lumut, Perak.Kacau dibuatnay.

Dan masuk kali ini sudah 7 kali aku ... ini pun masih terasa aku tahan juga.

Hey ....

ARIFF BUDIMAN said...

He He Hang Jebat Nostalgia.Lain watak lain action

insan marhaen said...

hik! hik! macam tak cayer...