Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, April 22, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Warga Emas Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Bowling Peringkat ILP.

Bersama di meja VVIP dari kiri Prof Madya Nasirun Moh Saleh. YB Tuan Abdul Malik Abul Kassim, Cikgu Rusli Hashim & Hj Atan Darus Chik. Satu penghormatan yang tinggi buat JIM Pulau Pinang

Sabtu, 18 April 2009 bertempat di Safira Country Club, Seberang Prai Tengah, majlis makan malam ini adalah anjuran bersama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. JIM Timur Laut sebagai salah satu penyumbang kepada program ini telah dijemput bersama sebagai tetamu kehormat. Majlis ini telah diwakili oleh YDP dan TYDP JIM SPT, Cikgu Rusli dan Hj Atan Darus. Majlis telah disempurna majlis penutupannya oleh YB Tuan Abdul Malik bin Adul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Projek Sukan Rakan Masjid ini merupakan aktiviti tahunan bagi Rakan Masjid Qaryah Masjid Al Malik Khalid. Ianya melibatkan belia dari warga kampus dan mahasiswa IPT sekitar Pulau Pinang. Manakala Projek Makan Malam bersama Warga Emas ini merupakan program julung kalinya dilaksanakan.

Kedua-dua program ini dirangka bersesuaian objektif pertama Rakan Masjid ditubuhkan untuk belia dan remaja menghidari gejala sosial dengan menyertai aktiviti yang berfaedah. Tema Rakan Masjid ialah “Ukhuwwah (persaudaraan) Tanpa Sempadan”. Program ini diharapkan mampu menarik minat golongan sasaran kepada aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

JIM sebagai wadah NGO Islam sentiasa menyokong usaha-usaha murni sebegini. Terima kasih kepada Tuan Pengarah Pusat Islam khususnya Prof Madya Nasirun Mohd Saleh dan pihak penganjur.

No comments: