Pada 2 Mei 2009 Empangan Mengkuang milih aku dan isteriku tiada seorang insan di sini. Nak tahu kenapa ? Pagi itu hujan tetapi aku sudah berjanji dengan NISA' akan mengajar kelas silat pagi itu.
Walaupun jauh di perdalaman namun ianya merupakan destinasi tumpuan bagi yang mementingkan kesihatan dan ukhuwwah. Warna tasiknya yang biru memukau mata memandang. Airnya yang tenang tetapi ada ketikanya sedikit beralun dek hembusan bayu lembut menolak air di permukaannya. Begitu juga ada seketika riak-riak kocakan air hasil kemesraan kerana terdapat banyak ikan-ikan kecil dan besar bermain di pergigian tebing.
Itulah suanasa yang mampu diungkapan untuk penulisan ini. Bagi keluarga JIM SPT tempat ini merupakan di antara destinasi yang selalu dirindui pada hujung minggu. Destinasi bertemu sahabat-sahabat sekurang-kurangnya di dalam suasana santai yang mengikat “hubbul ahk” kasihkan sahabat. Di sini mereka dipertemukan pada pagi Ahad yang kebiasaannya orang lain ingin nyanyak tidur kembali sesudah subuh menqadakan lima setengah hari bekerja.
Inilah tempat yang bakal dipenuhi oleh keluarga besar JIM dalam kemesraan berHari Keluarga JIM PP 2009 nanti.PATT satu konsep ‘Pagi Ahad Tidak Tidur’ yang ingin dikongsi bersama kemanisan bersilaturrahim. Maka dengan rendah diri YDP kami Akh Rusli Hashim menawarkan diri dan daerah SPT sebagai pengarah program dan destinasi Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009. Kami juga kekakang ‘fening kepala’ dengan sikap proaktifnya.
"Hubbul Akh" konsep kasihkan sahabat yang mementingkan kesihatan dan persahabatan di pondok inilah kita akan berteduh bersama insyaAllah.
"Hubbul Akh" konsep kasihkan sahabat yang mementingkan kesihatan dan persahabatan di pondok inilah kita akan berteduh bersama insyaAllah.
Keheningan pagi itu kelak akan dimulai dengan senaman arobik ala silat yang akan dipimpin khas oleh seorang guru silat yang tidak asing dikalangan warga JIM. Kemudian bagi yang mahu berjalan santai atau mengadu tenaga bersama sahabat sambil menikmati persekitaran empangan ini dijemput bersama di dalam program ‘walkathon’ yang sudah pasti menjanjikan hadiah-hadiah menarik bagi mereka yang bernasib baik.
Sukaneka dan persembahan khas akan menghiburkan lagi suasana bagi yang merindui kemesraan bersama sahabat-sahabat lama dan baru. Satu hadiah khas untuk satu keluarga yang terpilih yang berjaya membawa seluruh ahli keluarganya bersama di hari tersebut. Kita sangat berterima kasih kerena daerah dan negeri telah dan akan menyumbang RM50 masing-masing. Sedikit yuran penyertaan diperlukan untuk menampong kos-kos yang sepatutnya. Satu keluarga, tidak kira jumlah ahlinya cuma perlu menyumbang RM10 dan kepada individu cuma harus menyumbang RM5 sahaja.
Diharap program ini tidak dipandang sepi kerana ini adalah salah satu tuntutan RJIM2 kita. Semoga Allah permudahkan usaha murni ini.
Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009 bagi yang memetingkan kesihatan dan persahabatan.
2 comments:
Sayang seribu kali sayang. kutelan pahit, kubuang sayang. aku hanya melihat dari kejauhan. hubbul akh yang akan terjalin di dataran mengkuang....
Ke bukit sama didaki.
Ke lurah sama dituruni.
Hati kuman sama dicicah.
Hati gajah sama dilapah.
Membujur lalu melintang patah.
Berpantang ajal sebelum maut.
Jangan diremehkan petua pendekar.
Sireh jampi telah ku tempa.
Teruskan ikhtiar walaupun sukar
Jangan mengalah teruskan mencuba
Post a Comment