Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, July 17, 2009

Antara Rindu dan Risau.

Syuhadah bersama emaknya di Konvo Along di Poly Seberang Perai.

Diantara kerinduan dan kerisauan emosi ini sama banyak berat timbangannya. Kini hampir 2 minggu Syuhadah berada di Poly Johor Baharu di Pasir Gudang suatu destinasi bagi aku sangat jauh. Berbagai perkara timbul untuk diselesaikan. PTPTN dah dua kali beli no pin dan satu no pin kena bayar RM5 beli di BSN. Mula Syuhadah daftar dan berjaya masuk tetapi lupa kata laluannya apabila mahu kemas kini. Kemudian bila mohon kata laluan baru, sistem minta buka e-mail untuk mendapat kata laluan baru. Lupa pula kata laluan alamat e-mail yahoo pula. Jadi saya beli lagi no pin kedua. Bila Syuhadah cuba buat permohonan baru, sistem rejected sebab no kad pengenalan telah digunakan. Talipon talian PTPTN tiada dapat masuk hingga sekarang. Hari ini pengawai PTPTN akan datang ke Poly, saya suruh Syuhadah apply manually shaja

Ada seorang dua sahabat menasihati agar mencari usaha lain dahulu untuk pembiayaan yuran pengajian ini. Bila tiada pilihan baru minta PTPTN. Kerana bayaran baliknya akan memberi masalah kepada anak-anak kita nanti. Belum bekerja sudah tertambat dengan hutang. Namun aku cuba mencari alternatif lain untuk mendapatkan biasiswa kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang. Tetapi masih di tahap mencari dan bertanya-tanya.

Di suatu petang Syuhadah menalipon, "Abah ada duit tak". "Kenapa", aku bertanya. "Adik nak beli alat-alat lukisan". "Adik nak berapa", tanyaku. "Em 20 ringgit sahaja". "Abah bagi duit dulu dah habis ke? aku bertanya lagi. " Adik ada simpan seratus untuk spare". Aku sudah dapat membaca bahawa wang seratus itu dia simpan untuk balik ke Penang nanti. "Takpa balik kerja nanti Abah bank in". Aku pun selepas kerja singgah di kedai Petronas dan bank ini RM30 walaupun yang diminta cuma RM20.

Aku hampir tiap-tiap hari menghubungi Syuhadah, entahlah aku ini rindu atau risau?

8 comments:

MaMa MoDeN said...

salam
dua2 ler tu..rindu&risau.

sbgai parents mmglaer kita bimbang melepaskan anak2 jauh2 tambahan lagi pompuan.

tapi redha jer ler sedapkan hati yg depa p blajar, smoga kjayaan mjadi milik mereka, tu jer yg mampu kita tinggalkan utk mereka demi masa depan...

huhuhuhua sebenarnya saya pun tgh sedih, risau, bimbang, rindu ni kat anak2 saya. Tata di UPSI tjg malim, Angah di UDM trengganu & Kak Uda di Kepala Batas.

Ariff Budiman said...

Serupa dengan ankku Hermawan. Dia talipon semalam mengatakan HP hilang. Dia baru apply PTPTN. Risau,risau dan risau

Maiyah said...

salam.. semoga urusan akan dipermudahkan Insyaallah

insan marhaen said...

Yela.... Kita rindu dia. Tapi tengoklah sebualan dua nanti. Dia rindu kat kita ke atau rindu kat sape ke...

Jangan dia pi raya rumah kawan dia dah la....

zai said...

Insyaallah..moga2 Allah memelihara anak2 kita bila diperantauan..Rezeki utk anak2 tu sentiasa ada tapi kita kenalah berusaha dan berdoa..Allah Maha Kaya, Dia takkan mempersiakan doa hambaNYA yg soleh..

hrusli61 said...

Jzk kepada antum yang memeberi komentar. Mudah-mudaha Allah SWT berkati.

Semoga kita tabah mengharumi kehidupan ini.

Sri Mersing said...

Didiklah anak dengan kasih sayang. jangan jemu. hari ini mungkin dia tak tahu namun bila dia dah dewasa macam kita pasti dia akan dapat menilai semula...

b said...

saLam~
beginilah perasaan sebenar seorang AYAH yg rindukan serta risaukan anak perempuannya..semOga apa jua urusan sntiada dLm lindungn iLahi.. Begitulah jua perasaan ibu bapa sndiri pabila meluahkan kpd diriku ttg perangai adik2 ku.. ku turut trsenyum pabila melihat mrk brdua trsnyum....