Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, July 7, 2009

Selamat bermusafir dari Johor.

Kami tercagak-cagak mencari Dewan Serbaguna, besar juga Poly ini. Berpeluh juga dari asrama ke tempat belajar jika berjalan kaki.

Salam. Alhamdulillah. Barakallah sahabat yang dikasihi.
InsyaAllah. Kami sekeluarga selamat tiba ke Penang jam 3.30 petang Isnin 6 Julai 2009. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan mendoakan permusafiran kami. Kami tidur di Kompleks JIM Pasir Gudang diatas bantuan Zulkarnain Ahmad dan Mokri (KBM) sahabat dari Pasir Gudang.

Selamat mendaftarkan Nursyuhadah dengan lancar dan tempatlkan dia di asrama. Satu bilik dua orang, rakan sebiliknya orang Keluang Johor jurusan pelancongan. Oleh kerana kami diantara yang datang awal maka prosess pendaftran tidak memakan masa yang panjang.

Nun di luar jendela, sebuah MPV merah yang banyak berjasa kepada kami. Membawa kami tanpa jemu ke mana sahaja. Sedia dengan tuannya. Mudahan Allah permudahkan perjalanan berkenderaan ini.

Nursyuhadah nampak biasa tetapi saya dapat rasakan jauh di hatinya perasaan tidak selesa berjauhan dengan kami. Malam pertama dia talipon emaknya Ida, dia mahu balik Penang. Aku hantarkan sms untuk memberi suntikan semangat kepadanya.

Ini pengalaman pertama bermusafir jauh bersendirian tanpa sahabat-sahabat. Terasa bezanya. Di sepanjang jalan banyak hubungi sahabat-sahabat khususnya Zulkarnain untuk panduan jalan jzkk.

Hari Khamis ini akan ke Ipoh pula menghantar Nurhidayah ke Kolej Politeknik Mara sambung Samester 3 insyaAllah. Moga doa sahabat-sahabat lagi. Semoga Allah berkati kita semua.

Barakallah. Hidup penuh dengan permusafiran. Semoga diberkati

6 comments:

Ariff Budiman said...

Alhamdulillah cikgu. Saya pun rasa bersyukur kerana selamat mendaftarkan anak. rasa sedih juga berjauhan namun untuk kejayaan mereka terpaksa lepaskan.

BLOGGERS JIM PENANG said...
This comment has been removed by the author.
zai said...

Bangga saya baca entri kasih sayang seorang bapa pada anak2nya..bertuah anak2 dapat abah mcm Jendela Hatiku..

Maiyah said...

mmg seronok bila tengok kejayaan anak. semoga akan berjaya sampai menara gading

hrusli61 said...

Jzkk diatas komentar dan sokongan. Semoga tercanai beberapa lagi mutiara baru yang berharga di muka bumi ini.

Mutiara itu insyaAllah adalah anak-anak kita.

Kasih sayang tiada erti jika memaksa diri sendiri.

Apalah kerinduan jika tiada kesetiaan.

Sri Mersing said...

Adik Yop dulu pun ada belajar kat IKM Johor. Yop tak pernah p tengok pun. Jauh bebenor...g